Sunday, September 14, 2008

Sistem yang double standart?

Datuk Ahmad Ismail digantung dan dilucutkan hak-haknya dalam parti selama tiga tahun

Majlis Tertinggi (MT) Umno hari ini memutuskan Datuk Ahmad Ismail digantung dan dilucutkan hak-haknya dalam parti selama tiga tahun.

umno ahmad ismail mt meet 100908 abdullah najib pcKeputusan itu dibuat selepas MT mengadakan mesyuarat khas selama tiga jam di ibupejabat Umno ibunegara di ibunegara hari ini.

MT yang mempunyai 48 anggota dan merupakan badan pembuat keputusan tertinggi Umno itu, dijadual mula bermesyuarat jam 2.30 petang.

Mesyuarat khas itu diadakan ekoran kontroversi yang dicetuskan oleh ketua Umno Bukit Bendera itu, yang didakwa membuat kenyataan yang berbaur perkauman terhadap masyarakat Cina.

Ahmad telah menimbulkan kemarahan masyarakat Cina apabila didakwa berkata bahawa kaum itu "menumpang" di negara dan meminta mereka supaya tidak menjadi seperti orang Yahudi di Amerika yang mahu menguasai ekonomi dan kuasa politik.

Keadaan menjadi bertambah buruk apabila Ahmad membuat kenyataan menggesa Gerakan supaya keluar dari BN dan manakala seorang penyokongnya telah bertindak mengoyak gambar pemangku presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) semalam memutuskan untuk menyerahkan kepada Umno untuk memutuskan tindakan terhadap Ahmad.

umno mt meeting on ahmad ismail 100908 ahmad ismail.jpgKetika mengumumkan keputusan itu mesyuarat MT hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga presiden Umno berkata, MT memandang serius perkara itu kerana kenyataan dan tindakan Ahmad telah mencetuskan ketegangan dan menimbulkan bantahan.

Katanya, parti-parti komponen dalam Barisan Nasional (BN) juga perlu mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang menjejaskan kesejahteraan kaum.

Menurutnya, situasi hubungan kaum di Malaysia kini mula menunjukkan tanda-tanda yang kurang baik.

Ditanya sama ada tindakan tegas akan diambil terhadap pihak-pihak yang membangkitkan isu perkauman, Abdullah berkata tindakan mungkin diambil melalui undang-undang.

Perdana menteri juga ditanya sama ada kerajaan akan mengguna Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap mereka yang berbuat demikian.

Menurut Abdullah, kerajaan akan berbuat demikian sekiranya ia perlu dan tindakan itu difikirkan wajar.

Ditanya sama ada tindakan menggunakan ISA itu melanggarkan kebebasan bersuara, perdana menteri berkata tidak wujud kebebasan tanpa sekatan.

Menurutnya, undang-undang mesti dihormati dan "kita tidak boleh buat apa sahaja atas nama kebebasan."

Boleh merayu

Abdullah juga berkata, Ahmad mempunyai hak untuk merayu terhadap keputusan MT itu.

Beliau juga memberitahu pemberita bahawa anggota juga kabinet telah berbincang mengenai hubungan kaum dalam mesyuarat mingguannya pagi tadi.

Menurutnya, kabinet berpendapat bahawa terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hubungan antara kaum tidak baik dan terdapat ketegangan antara kaum.

Keadaan itu, katanya, diburukkan dengan banyak isu-isu dan kenyataan yang menyentuh sensitiviti kaum dan isu-isu yang kebiasaannya tidak dibangkitkan.

Sehubungan itu, kata perdana menteri, kerajaan tidak akan membiarkan keadaan itu berterusan.

Keputusan tidak sebulat suara?

Beberapa pemimpin Umno yang ditemui selepas mesyuarat MT tersebut memberi pandangan yang berbeza mengenai keputusan yang diambil terhadap Ahmad itu.

shahrir samad 250907Ahli MT, Datuk Shahrir Samad berkata tindakan yang dikenakan ke atas Ahmad adalah bersesuaian.

Isu tersebut, katanya, telah sampai ke tahap yang boleh memecahbelahkan parti-parti komponen BN.

Oleh itu, kata menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna itu berkata, tindakan mesti diambil.

shahidan kassim 01Seorang lagi ahli MT, Datuk Shahidan Kassim berkata tidak seorang pun yang boleh memainkan sensitiviti kaum tetapi bertanya sama ada Ahmad telah mendapat layanan yang adil.

"Jika anda mahu bercakap tentang keadilan, mengapa tidak ada tindakan yang diambil terhadap Suqiu atau orang yang mempermainkan lagu Negaraku?"

Sementara itu, Abdullah, ketika ditanya tentang kemasukan semula Tun Dr Mahathir Mohamad ke dalam Umno, Abdullah berkat

Berita asal: Malaysia kini

Lain situasinya pula dengan kes Raja Petra yang diambil tindakan ISA. Disini kita dapat lihat sikap pilih kasih kerajaan dalam sistem kehakimannegara. -Editor

Friday, September 12, 2008

Azan: Penduduk bukan Islam tidak bantah laungan azan

Penduduk bukan Islam di Seksyen 5 Bandar Kinrara, Puchong tidak pernah membantah penggunaan pembesar suara untuk laungan azan di Masjid Bandar Kinrara di situ.

Sebaliknya, mereka hanya memohon supaya diperlahankan penggunaan pembesar suara untuk majlis ceramah, kuliah Subuh, kuliah Maghrib serta bacaan ayat al-Quran yang menggunakan kaset dan CD sebelum sembahyang Subuh di masjid tersebut.

masjid azan loud speaker issue 120908 03Menurut mereka, ini kerana ia mengganggu mereka untuk berehat atau bangun lewat, terutama pada hari Ahad dan juga untuk mengajar anak-anak mereka belajar pada sebelah malam.

Ini dijelaskan oleh seorang penduduk yang bertanggungjawab menghantar petisyen tersebut bagi pihak penduduk bukan Islam di situ, Steven Ee.

Beliau menegaskan demikian ketika dihubungi Malaysiakini untuk mengulas mengenai laporan media yang memetik bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo yang mendakwa ada usaha pihak yang dipercayai didalangi salah sebuah parti yang membentuk kerajaan Selangor, membuat petisyen membantah azan di Puchong dan Kota Damansara.

Semalam ahli Parlimen PAS bagi Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud telah membuat laporan polis terhadap bekas Menteri Besar Selangor yang didakwa membuat kenyataan berbaur perkauman berhubung isu azan di Selangor.

Beliau membuat laporan tersebut di ibu pejabat polis Dang Wangi pada jam 11.30 pagi semalam.

Menurut Ee, beliau telah mengambil inisiatif untuk mengumpulkan tandatangan penduduk bukan Islam itu berhubung perkara itu.

Petisyen 189 penduduk

Ketika dihubungi Malaysiakini petang ini, Ee berkata, petisyen yang ditandatangani oleh 189 penduduk bukan Islam di situ, tidak menyebut sama sekali tentang laungan azan.

Penduduk tersebut, katanya, termasuk mereka yang tinggal di Seksyen 4 yang terletak bersebelahan dengan Seksyan 5.

masjid azan loud speaker issue 120908 01Menurutnya, petisyen tersebut dihantar kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Serdang, Datuk Mohamad Satim Diman, pada pertengahan bulan Februari lalu.

Salinan petisyen itu, jelasnya, turut diserahkan kepada pihak masjid berkenaan, juga pada pertengahan bulan Februari lalu.

Bagaimanapun, kata Ee, salinan petisyen itu dihantar ke pejabat Teresa Kok yang juga Adun Kinrara dan exco kerajaan negeri Selangor, selepas pilihanraya umum Mac lalu.

Beliau menjelaskan, pihaknya turut menghantar salinan petisyen itu kepada Teresa kerana beliau merupakan Adun yang terdekat dengan kawasan itu, selain Satim.

"Kita di peringkat bawahan ini tidak senang untuk berjumpa dengan pemimpin atasan. Saya harap pemimpin di peringkat atasan dapat berbincang mengenai perkara ini," katanya.

Minta kerjasama

Ee juga menjelaskan, petisyen tersebut diserahkan kepada Satim dengan harapan beliau dapat menjadi orang tengah bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Pada mulanya, kata Ee, isterinya telah pergi berjumpa dengan seorang pemimpin parti komponan BN yang berpangkat 'Datuk' mengadu mengenai perkara tersebut.

Ekoran itu, katanya, pemimpin berkenaan mencadangkan supaya penduduk di situ membuat petisyen dan aduan bertulis dan diserahkan kepada Adun berkenaan.

"Ekoran itulah, saya pun mula mengutip tandatangan penduduk di situ dan serahkan kepada Datuk Satim melalui seorang pegawai Adun tersebut di pejabatnya," jelas Ee.

Ee berkata, tidak lama selepas itu beliau mendapati bunyi pembesar suara di masjid telah diperlahankan sedikit selama kira-kira dua minggu.

Bagaimanapun, katanya, bunyi pembesar suara di masjid itu dikuatkan semula seperti sebelumnya.

"Jadi kita tunggulah tengok bagaimana (perkembangannya). Takkan kita nak pindah. Saya percaya penduduk Islam di sini boleh faham apa yang kita maksudkan," katanya.

Ee berkata, beliau tidak pernah berniat untuk membantah kegiatan agama Islam di situ.

Tetapi, katanya, mereka berharap penduduk Islam di situ dapat bekerjasama dengan penduduk lain demi kesejahteraan bersama.

Ditanya mengenai kemungkinan ada petisyen lain dari penduduk di situ berhubung laungan azan, Ee berkata, beliau tidak tahu.


Berita asal: malaysia kini

Isa: Raja Petra ditahan

Blogger Raja Petra Kamaruddin telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Negeri (ISA) kerana didakwa boleh mengganggu dan mengancam keselamatan dan ketenteraman awam.

Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar, Raja Petra ditahan mengikut Seksyen 731 ISA yang membenarkan penahanan sehingga 60 hari.

"Polis akan membuat penilaian dalam tempoh tersebut dan jika mereka merasakan beliau perlu ditahan lebih 60 hari, maka polis akan merujuk kepada saya," katanya seperti yang dipetik oleh The Star.

Bernama pula memetik Syed Hamid sebagai berkata, tindakan itu diambil setelah pelbagai kenyataan dibuat oleh Raja Petra dalam laman blog Malaysia Today termasuk yang terbaru yang didakwa menghina Islam dan Nabi Muhammad (SAW).

"Kita telah banyak kali memanggil dan menasihatkan beliau berikutan kenyataannya namun beliau masih terus menulis hingga boleh menimbulkan ancaman," katanya.

Syed Hamid juga mengesahkan bahawa surat tunjuk sebab telah dihantar kepada Sin Chew Daily, The Sun and Suara Keadilan.

"Mereka mempunyai tempoh seminggu untuk menjawab," tambahnya.

Menurut isteri Raja Petra - Marina Lee Abdullah - 10 anggota polis datang ke rumah mereka di Sungai Buluh pada kira-kira jam 1.10 tengahari tadi untuk menahannya.

raja petra to police station on burma doctor sd 040908 03Ketika Malaysiakini menghubunginya pada jam 1.25 tengahari, anggota polis masih berada di rumahnya.

Raja Petra kemudiannya dibawa polis dari rumahnya pada jam 1.50 tengahari ke lokasi yang tidak diketahui.

Pada 6 September lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar telah memberi amaran bahawa editor lamanweb Malaysia Today itu mungkin dikenakan ISA kerana menyiarkan komen yang didakwa menghina Islam dan Nabi Muhammad.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Maiwp) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), telah membuat laporan polis terhadap Raja Petra berhubung perkara itu.

Mereka mendakwa komen beliau dalam artikel yang bertajuk "I Promise to be a good, non-hypocritical Muslim" didakwa menggunakan ayat-ayat yang menghina orang Islam.

Lamanweb Malaysia Today telah disekat sejak minggu lalu, tetapi sekatan itu telah ditarik balik semalam.
raja petra arrest under isa internal security act 120908 01

Raja Petra, yang popular dengan panggilan RPK, juga didakwa telah membenarkan komen-komen disiarkan dalam lamanwebnya yang menghina Islam dan Nabi Muhammad, dalam artikel bertajuk "Not all Arabs are descendants of the Prophet".

Sementara itu, Marina berkata, mereka masih belum melantik peguam untuk mengendalikan perkara itu.

Ini adalah kali kedua Raja Petra ditahan di bawah ISA, yang membenarkan tahanan tanpa bicara.

raja petra arrest under isa internal security act 120908 05

Kali pertama, beliau ditangkap di bawah ISA pada 11 April 2001 ketika gerakan reformasi di mana sembilan orang telah ditahan. Pada masa itu, beliau merupakan webmaster lamanweb FreeAnwar.com
ketika itu.

Raja Petra dibebaskan selepas ditahan selama 52 hari. Bagaimanapun, enam daripada pemimpin reformasi itu dihantar ke Kem Tahanan Kamunting di Taiping di mana mereka ditahan selama dua tahun.

Sebelum ini, Raja Petra telah dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menghasut dan memfitnah selepas mengaitkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya dengan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

raja petra arrest under isa internal security act 120908 02


Abdul Razak Baginda, rakan rapat Najib, didakwa bersubahat membunuh wanita Mongolia yang berusia 28 tahun itu, di mana mayatnya telah diletupkan.

Dua anggota polis, yang tugas mereka termasuk mengawal keselamatan timbalan perdana menteri, menghadapi tuduhan membunuh Altantuya.


ISA yang dibantah oleh kumpulan-kumpulan hak asasi manusia, membolehkan seseorang itu ditahan tanpa bicara selama dua tahun - dan boleh dilanjutkan setiap tahun seterusnya - dan biasannya digunakan terhadap suspek pengganas.

Ia juga digunakan terhadap mereka yang tidak sehaluan dengan kerajaan dan tahun lalu, lima orang pemimpin Hindraf telah ditahan tiga selepas mereka menganjurkan perhimpunan besar-besaran di Kuala Lumpur pada 25 November.


Persoalan yang timbul ialah kenapa RPK ditahan dibawah ISA sedangkan pihat tertentu yang memainkan isu perkauman hanya diambil tindakan yang ringan? Adakah wujud 2 bentuk proses penadilan di negara Malaysia ini????? -editor

Berita asal: malaysia kini

Thursday, September 4, 2008

Minyak: Persoalan dan jawapan yang kita perlu tahu

Banyak diantara kita tahu salah dan kelemahan kerajaan. Tetapi tidak tahu jawapan yang paling tepat untuk menjawap soalan jika benar kerajaan yang melakukan salah. Disini ada sedikit hujah pemimpin negara yang membodohkan rakyat dan jawapan disebalik persoalan itu. Cuba kita renungkan...

1.Harga minyak terpaksa dinaikkan ekoran harga minyak di peringkat antarabangsa melambung tinggi.


Apahal pulak Malaysia yg teruk. Malaysia negara pengeluar minyak bukan pengimport minyak sepatutnye kita untung.

harga minyak naik kita mstilah lagi untung kn. Ikot logik la.. Bayangkan, kita ada dusun durian, tentu kita dan keluarga gembira kerana harga buah durian mahal.

anak cucu la untu. Mana taknya harga mahal so, untung pon banyak la. Tetapi pemimpin BN-Umno lain sikit. Harga naik tapi kita pulak susah dengan implikasinya. Rakyat pulak menderita terutama mereka yang berpendapatan rendah mcm petani,nelayan..

2.Harga minyak kita lebih murah jika hendak dibanding dengan negara Asean yang lain.

Memangla.. Jangan banding dengan Thailand, Indonesia. Banding dengan Brunai kerana harga minyak di negaranya RM1.20 seliter.

Buah Oren dengan epal tidak boleh buat perbandingan. Atau pun jangan banding harga nasi lemak daun pisang di Malaysia dengan Jepun. Perlu dingat juga, walaupun Indonesia, Thailand minyaknya mahal, tetapi barang keperluan harian dan pakaian serta barang yang sudah siap murah seperti makanan, pakaian, alat perabot semuanya murah.

Di negara kita semuanya mahal daripada minyak sampai kepada keperluan yang lain. Yang murah hanya maruah pemimpin tertentu. Stuju idak?

3. Minyak di Singapura lebih mahal daripada Malaysia.

Singapura bukan negara pengeluar minyak.

Tambahan pula pendapatan rakyatnya tinggi, contohnya pencuci lantai gaji hampir RM2000 ringgit di Malaysia, hanya RM600. Begitu juga pengangkutan awam antara yang terbaik di dunia, di Negara Malaysia Hadhari paling teruk.

Di negaranya tol hanya dikenakan waktu tertentu sahaja, sedangkan di Malaysia siang malam, 'non stop'.

4. Wang subsidi petrol RM56 bilion akan digunakan untuk pembangunan. Kita hendak tanya ke mana wang subsidi ini akan pergi.

Adakah hendak belanja untuk Monsun Cup yang menghabiskan wang rakyat RM 250 juta, Formula 1 yang berapa kerat rakyat yang mampu hendak menonton. Sedangkan belanja untuk Formula 1, tahun 2004-RM98.4 juta, tahun 2005-RM110.7j, 2006-RM121.8j, 2007-130.5j.

Belanja konduktor Malaysian Philharmonic Orchestra sebanyak RM3.5 juta sebulan yang diambil daripada wang Petronas. Apakah ini yang dimaksudkan untuk pembangunan.

Ketika minyak naik 30 sen kerajaan mengumumkan RM4 bilion subsidi akan digunakan untuk memperbaiki pengangkutan awam. Kita tidak nampak pengangkutan awam bertambah baik malahan makin teruk.Tak percaya cuba naik pengankutan awam ni. Tambahan lagi bila waktu puncak.

5. Ucapan lidah bercabang pemimpin negara, kesian rakyat kerana minyak naik. Ucapan hanya hendak menyejuk hati rakyat.

Kalau mereka kesian kepada rakyat mereka mesti memikirkan masalah rakyat. Pak Menteri tidak kisah elaun dan gaji hampir RM56 ribu sebulan. Minyak naik RM5 seliter pun mereka tidak kisah.

6. Pemimpin Umno-BN berkempen supaya beli barang murah.

Kita hendak tanya kedai mana ada jual barang murah. Kalau ada barang keperluan yang murah boleh dibeli di pejabat Umno baguslah.

7. Hendak ambil tindakan kepada peniaga yang jual barang mahal.

Pemimpin Umno/BN kata jual dengan harga lama masih untung. Mana ada peniaga hendak jual barang murah kalau modal sudah mahal.

Kalau minyak naik, semua barang akan naik, kerana barang bukan bawa dengan beca roda tiga.

Persatuan Lori sudah mengumumkan bahawa mereka akan naik tambang kos pengangkutan 35 peratus. Kerana lori 10 tan dulu hanya perlu untuk minyak RM3000 sebulan sudah mencecah naik kepada RM5000.

8. Kenyataan pemimpin Umno yang hendak membodohkan rakyat supaya jangan marah apabila minyak naik.

"Kita bimbang sekiranya minyak murah rakyat tak cermat dan minyak akan kurang,"kata Perdana Menteri.

"Belanja secara berhemah,"kata Datin Rosmah Mansur.

"Ubah gaya hidup...membazir Islam marah,"kata Dato' Seri Najib.

Datuk Seri Shahidan Kasim sewaktu minyak naik 30 sen dulu dia suruh pegawai kerajaan naik basikal.

Cakap tak serupa bikin la kamu smua ni!

Tuesday, September 2, 2008

Perak: Nizar lebihkan Cina?




Badan Perhubungan Umno Perak berkata, tindakannya Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaludin meluluskan 400 hektar tanah kepada sembilan sekolah persendirian Cina menjadi tandatanya walaupun ia bukan satu kesalahan.

Setiausaha Kerjanya, Datuk Hasbullah Osman berkata tindakan itu menunjukkan kerajaan negeri yang diterajui menteri besar dari parti PAS itu gagal melihat kepentingan untuk membantu orang Melayu selepas negeri itu diperintah pembangkang.

Bernama memetik Hasbullah yang juga ahli dewan undangan negeri kawasan Temenggor dalam Parlimen Gerik sebagai berkata Mohamad Nizar perlu memikirkan kepentingan orang Melayu walaupun tindakan meluluskan tanah itu bukan satu kesalahan.


Badan Perhubungan Umno Perak, katanya, meminta Mohammad Nizar supaya tidak mengenepikan kepentingan orang Melayu dan Islam walaupun negeri itu diperintah pembangkang.

Beliau ditemui selepas menyampaikan bantuan bubur lambuk kepada masyarakat Islam di Pekan Pengkalan Hulu petang semalam.

Semalam, Ketua Pemuda Umno Perak, Zainol Fadzi Paharudin menyatakan kekesalan dengan tindakan kerajaan Perak itu dan meminta menteri besar itu bersikap adil dalam membantu rakyat.

Beliau berkata, rakyat akan menuduh kepimpinan negeri terutama menteri besar tidak tahu mentadbir negeri dengan hanya membantu satu pihak dan mengabaikan pihak lain.
Berita asal: malaysiakini

Tidak adil sekiranya kita adili sesebuah kerajaan dengan jangkamasa yang singkat-editor

Kerajaan Negeri Perak kembalikan bantuan RM1.3 Juta kepada SAR

IPOH, 3 Sep (Hrkh) - Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak akan mengembalikan semula bantuan berjumlah RM1.3juta kepada 18 buah sekolah Agama Rakyat di Negeri Perak bagi tahun 2008 ini.


"Bantuan kepada sekolah agama rakyat telah dinafikan oleh kerajaan BN/Umno yang memerintah Perak dahulu sejak pentadbiran Tun Mahathir lagi tetapi kini dibawah pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat, bantuan tersebut telah diberikan semula.

"Bantuan tersebut akan diagih-agihkan dalam bulan Ramadan, sedikit masa lagi," kata Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Perak, Ustaz Misbahul Munir bin Masduki

Terdapat 9 buah Sekolah Menengah Agama Rakyat dan 9 buah lagi Sekolan Agama Rendah yang menjadikan jumlah keseluruhannya 18 buah.

Menurut beliau, Kerajaan Pakatan Rakyat sangat prihatin dan mengambil berat untuk menyelesaikan masalah yang telah dicipta oleh kerajaan BN/Umno sebelum ini.

"Merekalah yang menyekat bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat dahulu hingga menimbulkan masalah dan kerumitan kepada sekolah dan juga para guru yang bertugas di Sekolah-Sekolah Rakyat," jelas Misbah.

Beliau melahirkan rasa kesal apabila Umno mahu menunjukan rasa prihatinnya terhadap Sekolah Agama Rakyat yang mana sebelum ini merekalah yang menjadi `penghalang' dan menindas Sekolah Agama Rakyat dengan menafikan pemberian per kapita tersebut.

Laporan Bernama melaporkan tentang desakan Pergerakan Pemuda Umno, Zainol Fadzi supaya Menteri Besar Perak Dato Seri Mohammad Nizar Jamaluddin turut memberikan lot tanah kepada Sekolah Agama Rakyat milik persendiran dan Sekolah Agama Pondok dalam usaha memaju dan memartabatkan agama Islam di Perak.

Misbah memberitahu Kerajaan negeri menyedari bahawa pemberian RM30,000 setahun kepada 9 buah sekolah Cina itu(bukan setiap satu sekolah sebagaimana laporan tersebut) adalah tidak memadai.

Oleh itu sebagai langkah jangka panjang, kerajaan negeri memutuskan untuk memberikan tanah kepada sekolah tersebut bagi membolehkan mereka menubuhkan sebuah syarikat untuk mengusahakan tanah berkenaan," katanya.

Mengikut sumber yang boleh dipercayai, tanah tersebut akan diusahakan dengan tanaman Kelapa sawit dimana dalam jangka masa lima tahun akan memulakan pengeluaran hasil, maka bantuan RM30,000 setahun itu akan diberhentikan.

Misbah juga turut menjelaskan bahawa pemberian 400 hektar tanah kepada sembilan buah sekolah menengah persendirian Cina di Perak itu adalah atas tempoh pajakan selama 30 tahun.

"Projek seumpana ini telah lama dilaksanakan oleh Kerajaan Kelantan dimana kerajaan Kelantan telah memperuntukan 3,000 hektar tanah untuk sekolah-sekolah Cina di sana," katanya

"Kerajaan Pakatan Rakyat mahu bersikap adil kepada semua sekolah-sekolah di Negeri Perak ini, bukan macam Umno/BN yang sehingga kini gambar Menteri Besar dari Pakatan Rakyat di lima buah negeri pun tidak dibolehkan digantung dibilik-bilik darjah sekolah-sekolah kerajaan Pusat," ujarnya.

Menurut Misbah lagi, Kerajaan Pakatan Rakyat juga sedang mengenal pasti tanah untuk Sekolah-Sekolah Agama Rakyat bagi tujuan yang sama dan akan di umumkan sedikit masa lagi.

Berita asal: harakah