Monday, November 17, 2008

Anwar: Pakatan pertahan Islam dan hak istimewa Melayu

Ketiga-tiga parti anggota Pakatan Rakyat menerima kedudukan hak istimewa orang Melayu, bahasa Melayu dan agama Islam sebagai agama persekutuan sepertimana terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Menurut beliau, isu berhubung perkara itu tidak perlu dirisaukan lagi kerana persefahaman mengenainya telah dibuat antara ketiga-tiga parti anggota Pakatan - PKR, DAP dan PAS.

Malah, tegas Anwar lagi, kenyataan bahawa kesemua pihak telah bersetuju mengenai perkara itu, telah dikeluarkan pada 8 September lalu.

Kenyataan tersebut atara lain menegaskan bahawa Pakatan sekali lagi mengulangi pendirian menjunjung prinsip-prinsip dasar yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Ini termasuk soal-soal dasar seperti kedudukan Islam sebagai agama persekutuan dan menjaminkan kebebasan mengamalkan agama lain, kedaulatan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, dan mempertahan hak bahawa ibunda, kedudukan kedaulatan dan institusi Raja-raja Melayu serta kedudukan hak istimewa orang Melayu dan bumiputera, serta hak-hak semua kuam yang telah dijamin oleh Perlembagaan.

Menurut kenyataan itu lagi, berdasarkan prinsip-prinsip perlembagaan tersebut, Pakatan menolak sekeras-kerasnya pendekatan politik perkauman sempit.

Oleh itu, tegas Anwar, tidak timbul lagi sebarang salahfaham mengenai isu yang membabitkan hak istimewa orang Melayu, bahasa Melayu dan agama Islam.

Anwar menegaskan demikian dalam ucapannya di majlis perjumpaan khas dengan guru KAFA di Selangor di Shah Alam hari ini. Hadir sama ialah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Isu lain

Mengulas beberapa isu dalam kerajaan Pakatan, Anwar mengkritik media yang dikuasai Umno yang menurutnya membuat laporan "tidak berdasarkan akhlak, moral dan etika".

Beliau merujuk kepada laporan tentang kontroversi pelantikan Low Siew Mo sebagai pemangku pengurus Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), kenaikan sewaan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Selangor dan keputusan Kedah meningkatkan kuota perumahan untuk bumiputera.

Ketika diminta mengulas lanjut dalam sidang media kemudiannya Anwar bagaimana menjelaskan bahawa tidak semua media yang berbuat demikian, bahkan terdapat juga yang melaporkannya dengan betul.

Mengulas sama ada Selangor boleh mengembalikan pengajaran matapelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris di sekolah-sekolah, beliau berkata:

"Ini polisi persekutuan, saya tidak rasa kita ada pilihan. Kita kena ikut kurikulum kebangsaan."

Beliau juga enggan mengulas cadangan pembubaran Majlis Peguam oleh Persatuan Peguam Muslim kerana didakwa bertindak seperti pembangkang dan sering mempersoalkan hak pribumi.

Semalam, Presidennya Tan Sri Abu Zahar Ujang dilaporkan kecewa dengan peranan badan itu sejak kebelakangan ini yang didakwanya, seolah-olah mencabar hak Melayu dan Islam.

Berita asal: Malaysiakini

S'gor cadang tubuh sekolah agama teknik dan vokasional




Kerajaan Selangor bercadang untuk menubuhkan sekolah agama teknik dan vokasional, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

selangor mb khalid ibrahim free water pc 110608 02Katanya sekolah agama teknik dan vokasional akan ditubuhkan segera bagi menampung pelajar mendapat pendidikan agama secara formal sehingga tingkatan lima.

Menurutnya, ia berikutan terdapat banyak permohonan untuk memasuki sekolah agama sedangkan tempatnya terhad.

Abdul Khalid menegaskan demikian ketika merasmikan perjumpaan khas guru-kuru kelas al-Quran dan fardu ain (Kafa) negeri Selangor 2008 di Shah Alam pagi tadi. Hadir sama ialah Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sementara itu ketika bercakap dalam sidang akhbar kemudiannya, beliau berkata, kerajaan negeri akan membincangkan cadangan itu Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan pihak swasta.

Menurutnya, rangka tindakan cadangan tersebut dijangka dapat disiapkan enam bulan lagi.

Sehubungan itu Abdul Khalid berharap, kerajaan pusat dapat menyediakkan pembiayaan memandangkan program itu memberi kebaikan kepada negara secara keseluruhannya.

Elaun Kafa dinaikkan

Sementara itu, Khalid turut diminta mengulas cadangan wakil rakyat PAS Pokok Sena, Mahfuz Omar supaya kerajaan negeri Pakatan Rakyat menggunakan tambang penerbangan kelas ekonomi bagi menjimatkan wang kerajaan.

Mengulas perkara itu, menteri besar berkata kerajaan Selangor tidak ada masalah untuk berbuat demikian.

Bagaimanapun, katanya, bukan semua tambang kelas perniagaan lebih murah daripada kelas ekonomi.

"Kadang-kadang sama," kata Khalid.

Mengenai kemungkinan Selangor mengembalikan penggunaan bahasa Malaysia di di sekolah agama rakyat untuk mata pelajaran Sains dan Matemarik, beliau berkata: "Cara mengajarnya lebih penting, bukan bahasa."

Dalam ucapannya sebelum itu, beliau turut mengumumkan tambahan elaun kepada guru Kafa sebanyak RM261.70 - daripada RM738.30 kepada RM1,000.

Elaun penyelia Kafa juga dinaikkan RM338 - daripada RM1,112 kepada RM1,500.

Selain itu, kumpulan tersebut akan dilindungi Insurans Takaful mulai Januari 2009.

Sunday, September 14, 2008

Sistem yang double standart?

Datuk Ahmad Ismail digantung dan dilucutkan hak-haknya dalam parti selama tiga tahun

Majlis Tertinggi (MT) Umno hari ini memutuskan Datuk Ahmad Ismail digantung dan dilucutkan hak-haknya dalam parti selama tiga tahun.

umno ahmad ismail mt meet 100908 abdullah najib pcKeputusan itu dibuat selepas MT mengadakan mesyuarat khas selama tiga jam di ibupejabat Umno ibunegara di ibunegara hari ini.

MT yang mempunyai 48 anggota dan merupakan badan pembuat keputusan tertinggi Umno itu, dijadual mula bermesyuarat jam 2.30 petang.

Mesyuarat khas itu diadakan ekoran kontroversi yang dicetuskan oleh ketua Umno Bukit Bendera itu, yang didakwa membuat kenyataan yang berbaur perkauman terhadap masyarakat Cina.

Ahmad telah menimbulkan kemarahan masyarakat Cina apabila didakwa berkata bahawa kaum itu "menumpang" di negara dan meminta mereka supaya tidak menjadi seperti orang Yahudi di Amerika yang mahu menguasai ekonomi dan kuasa politik.

Keadaan menjadi bertambah buruk apabila Ahmad membuat kenyataan menggesa Gerakan supaya keluar dari BN dan manakala seorang penyokongnya telah bertindak mengoyak gambar pemangku presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) semalam memutuskan untuk menyerahkan kepada Umno untuk memutuskan tindakan terhadap Ahmad.

umno mt meeting on ahmad ismail 100908 ahmad ismail.jpgKetika mengumumkan keputusan itu mesyuarat MT hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga presiden Umno berkata, MT memandang serius perkara itu kerana kenyataan dan tindakan Ahmad telah mencetuskan ketegangan dan menimbulkan bantahan.

Katanya, parti-parti komponen dalam Barisan Nasional (BN) juga perlu mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang menjejaskan kesejahteraan kaum.

Menurutnya, situasi hubungan kaum di Malaysia kini mula menunjukkan tanda-tanda yang kurang baik.

Ditanya sama ada tindakan tegas akan diambil terhadap pihak-pihak yang membangkitkan isu perkauman, Abdullah berkata tindakan mungkin diambil melalui undang-undang.

Perdana menteri juga ditanya sama ada kerajaan akan mengguna Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap mereka yang berbuat demikian.

Menurut Abdullah, kerajaan akan berbuat demikian sekiranya ia perlu dan tindakan itu difikirkan wajar.

Ditanya sama ada tindakan menggunakan ISA itu melanggarkan kebebasan bersuara, perdana menteri berkata tidak wujud kebebasan tanpa sekatan.

Menurutnya, undang-undang mesti dihormati dan "kita tidak boleh buat apa sahaja atas nama kebebasan."

Boleh merayu

Abdullah juga berkata, Ahmad mempunyai hak untuk merayu terhadap keputusan MT itu.

Beliau juga memberitahu pemberita bahawa anggota juga kabinet telah berbincang mengenai hubungan kaum dalam mesyuarat mingguannya pagi tadi.

Menurutnya, kabinet berpendapat bahawa terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hubungan antara kaum tidak baik dan terdapat ketegangan antara kaum.

Keadaan itu, katanya, diburukkan dengan banyak isu-isu dan kenyataan yang menyentuh sensitiviti kaum dan isu-isu yang kebiasaannya tidak dibangkitkan.

Sehubungan itu, kata perdana menteri, kerajaan tidak akan membiarkan keadaan itu berterusan.

Keputusan tidak sebulat suara?

Beberapa pemimpin Umno yang ditemui selepas mesyuarat MT tersebut memberi pandangan yang berbeza mengenai keputusan yang diambil terhadap Ahmad itu.

shahrir samad 250907Ahli MT, Datuk Shahrir Samad berkata tindakan yang dikenakan ke atas Ahmad adalah bersesuaian.

Isu tersebut, katanya, telah sampai ke tahap yang boleh memecahbelahkan parti-parti komponen BN.

Oleh itu, kata menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna itu berkata, tindakan mesti diambil.

shahidan kassim 01Seorang lagi ahli MT, Datuk Shahidan Kassim berkata tidak seorang pun yang boleh memainkan sensitiviti kaum tetapi bertanya sama ada Ahmad telah mendapat layanan yang adil.

"Jika anda mahu bercakap tentang keadilan, mengapa tidak ada tindakan yang diambil terhadap Suqiu atau orang yang mempermainkan lagu Negaraku?"

Sementara itu, Abdullah, ketika ditanya tentang kemasukan semula Tun Dr Mahathir Mohamad ke dalam Umno, Abdullah berkat

Berita asal: Malaysia kini

Lain situasinya pula dengan kes Raja Petra yang diambil tindakan ISA. Disini kita dapat lihat sikap pilih kasih kerajaan dalam sistem kehakimannegara. -Editor

Friday, September 12, 2008

Azan: Penduduk bukan Islam tidak bantah laungan azan

Penduduk bukan Islam di Seksyen 5 Bandar Kinrara, Puchong tidak pernah membantah penggunaan pembesar suara untuk laungan azan di Masjid Bandar Kinrara di situ.

Sebaliknya, mereka hanya memohon supaya diperlahankan penggunaan pembesar suara untuk majlis ceramah, kuliah Subuh, kuliah Maghrib serta bacaan ayat al-Quran yang menggunakan kaset dan CD sebelum sembahyang Subuh di masjid tersebut.

masjid azan loud speaker issue 120908 03Menurut mereka, ini kerana ia mengganggu mereka untuk berehat atau bangun lewat, terutama pada hari Ahad dan juga untuk mengajar anak-anak mereka belajar pada sebelah malam.

Ini dijelaskan oleh seorang penduduk yang bertanggungjawab menghantar petisyen tersebut bagi pihak penduduk bukan Islam di situ, Steven Ee.

Beliau menegaskan demikian ketika dihubungi Malaysiakini untuk mengulas mengenai laporan media yang memetik bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo yang mendakwa ada usaha pihak yang dipercayai didalangi salah sebuah parti yang membentuk kerajaan Selangor, membuat petisyen membantah azan di Puchong dan Kota Damansara.

Semalam ahli Parlimen PAS bagi Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud telah membuat laporan polis terhadap bekas Menteri Besar Selangor yang didakwa membuat kenyataan berbaur perkauman berhubung isu azan di Selangor.

Beliau membuat laporan tersebut di ibu pejabat polis Dang Wangi pada jam 11.30 pagi semalam.

Menurut Ee, beliau telah mengambil inisiatif untuk mengumpulkan tandatangan penduduk bukan Islam itu berhubung perkara itu.

Petisyen 189 penduduk

Ketika dihubungi Malaysiakini petang ini, Ee berkata, petisyen yang ditandatangani oleh 189 penduduk bukan Islam di situ, tidak menyebut sama sekali tentang laungan azan.

Penduduk tersebut, katanya, termasuk mereka yang tinggal di Seksyen 4 yang terletak bersebelahan dengan Seksyan 5.

masjid azan loud speaker issue 120908 01Menurutnya, petisyen tersebut dihantar kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Serdang, Datuk Mohamad Satim Diman, pada pertengahan bulan Februari lalu.

Salinan petisyen itu, jelasnya, turut diserahkan kepada pihak masjid berkenaan, juga pada pertengahan bulan Februari lalu.

Bagaimanapun, kata Ee, salinan petisyen itu dihantar ke pejabat Teresa Kok yang juga Adun Kinrara dan exco kerajaan negeri Selangor, selepas pilihanraya umum Mac lalu.

Beliau menjelaskan, pihaknya turut menghantar salinan petisyen itu kepada Teresa kerana beliau merupakan Adun yang terdekat dengan kawasan itu, selain Satim.

"Kita di peringkat bawahan ini tidak senang untuk berjumpa dengan pemimpin atasan. Saya harap pemimpin di peringkat atasan dapat berbincang mengenai perkara ini," katanya.

Minta kerjasama

Ee juga menjelaskan, petisyen tersebut diserahkan kepada Satim dengan harapan beliau dapat menjadi orang tengah bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Pada mulanya, kata Ee, isterinya telah pergi berjumpa dengan seorang pemimpin parti komponan BN yang berpangkat 'Datuk' mengadu mengenai perkara tersebut.

Ekoran itu, katanya, pemimpin berkenaan mencadangkan supaya penduduk di situ membuat petisyen dan aduan bertulis dan diserahkan kepada Adun berkenaan.

"Ekoran itulah, saya pun mula mengutip tandatangan penduduk di situ dan serahkan kepada Datuk Satim melalui seorang pegawai Adun tersebut di pejabatnya," jelas Ee.

Ee berkata, tidak lama selepas itu beliau mendapati bunyi pembesar suara di masjid telah diperlahankan sedikit selama kira-kira dua minggu.

Bagaimanapun, katanya, bunyi pembesar suara di masjid itu dikuatkan semula seperti sebelumnya.

"Jadi kita tunggulah tengok bagaimana (perkembangannya). Takkan kita nak pindah. Saya percaya penduduk Islam di sini boleh faham apa yang kita maksudkan," katanya.

Ee berkata, beliau tidak pernah berniat untuk membantah kegiatan agama Islam di situ.

Tetapi, katanya, mereka berharap penduduk Islam di situ dapat bekerjasama dengan penduduk lain demi kesejahteraan bersama.

Ditanya mengenai kemungkinan ada petisyen lain dari penduduk di situ berhubung laungan azan, Ee berkata, beliau tidak tahu.


Berita asal: malaysia kini

Isa: Raja Petra ditahan

Blogger Raja Petra Kamaruddin telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Negeri (ISA) kerana didakwa boleh mengganggu dan mengancam keselamatan dan ketenteraman awam.

Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar, Raja Petra ditahan mengikut Seksyen 731 ISA yang membenarkan penahanan sehingga 60 hari.

"Polis akan membuat penilaian dalam tempoh tersebut dan jika mereka merasakan beliau perlu ditahan lebih 60 hari, maka polis akan merujuk kepada saya," katanya seperti yang dipetik oleh The Star.

Bernama pula memetik Syed Hamid sebagai berkata, tindakan itu diambil setelah pelbagai kenyataan dibuat oleh Raja Petra dalam laman blog Malaysia Today termasuk yang terbaru yang didakwa menghina Islam dan Nabi Muhammad (SAW).

"Kita telah banyak kali memanggil dan menasihatkan beliau berikutan kenyataannya namun beliau masih terus menulis hingga boleh menimbulkan ancaman," katanya.

Syed Hamid juga mengesahkan bahawa surat tunjuk sebab telah dihantar kepada Sin Chew Daily, The Sun and Suara Keadilan.

"Mereka mempunyai tempoh seminggu untuk menjawab," tambahnya.

Menurut isteri Raja Petra - Marina Lee Abdullah - 10 anggota polis datang ke rumah mereka di Sungai Buluh pada kira-kira jam 1.10 tengahari tadi untuk menahannya.

raja petra to police station on burma doctor sd 040908 03Ketika Malaysiakini menghubunginya pada jam 1.25 tengahari, anggota polis masih berada di rumahnya.

Raja Petra kemudiannya dibawa polis dari rumahnya pada jam 1.50 tengahari ke lokasi yang tidak diketahui.

Pada 6 September lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar telah memberi amaran bahawa editor lamanweb Malaysia Today itu mungkin dikenakan ISA kerana menyiarkan komen yang didakwa menghina Islam dan Nabi Muhammad.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Maiwp) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), telah membuat laporan polis terhadap Raja Petra berhubung perkara itu.

Mereka mendakwa komen beliau dalam artikel yang bertajuk "I Promise to be a good, non-hypocritical Muslim" didakwa menggunakan ayat-ayat yang menghina orang Islam.

Lamanweb Malaysia Today telah disekat sejak minggu lalu, tetapi sekatan itu telah ditarik balik semalam.
raja petra arrest under isa internal security act 120908 01

Raja Petra, yang popular dengan panggilan RPK, juga didakwa telah membenarkan komen-komen disiarkan dalam lamanwebnya yang menghina Islam dan Nabi Muhammad, dalam artikel bertajuk "Not all Arabs are descendants of the Prophet".

Sementara itu, Marina berkata, mereka masih belum melantik peguam untuk mengendalikan perkara itu.

Ini adalah kali kedua Raja Petra ditahan di bawah ISA, yang membenarkan tahanan tanpa bicara.

raja petra arrest under isa internal security act 120908 05

Kali pertama, beliau ditangkap di bawah ISA pada 11 April 2001 ketika gerakan reformasi di mana sembilan orang telah ditahan. Pada masa itu, beliau merupakan webmaster lamanweb FreeAnwar.com
ketika itu.

Raja Petra dibebaskan selepas ditahan selama 52 hari. Bagaimanapun, enam daripada pemimpin reformasi itu dihantar ke Kem Tahanan Kamunting di Taiping di mana mereka ditahan selama dua tahun.

Sebelum ini, Raja Petra telah dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menghasut dan memfitnah selepas mengaitkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya dengan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

raja petra arrest under isa internal security act 120908 02


Abdul Razak Baginda, rakan rapat Najib, didakwa bersubahat membunuh wanita Mongolia yang berusia 28 tahun itu, di mana mayatnya telah diletupkan.

Dua anggota polis, yang tugas mereka termasuk mengawal keselamatan timbalan perdana menteri, menghadapi tuduhan membunuh Altantuya.


ISA yang dibantah oleh kumpulan-kumpulan hak asasi manusia, membolehkan seseorang itu ditahan tanpa bicara selama dua tahun - dan boleh dilanjutkan setiap tahun seterusnya - dan biasannya digunakan terhadap suspek pengganas.

Ia juga digunakan terhadap mereka yang tidak sehaluan dengan kerajaan dan tahun lalu, lima orang pemimpin Hindraf telah ditahan tiga selepas mereka menganjurkan perhimpunan besar-besaran di Kuala Lumpur pada 25 November.


Persoalan yang timbul ialah kenapa RPK ditahan dibawah ISA sedangkan pihat tertentu yang memainkan isu perkauman hanya diambil tindakan yang ringan? Adakah wujud 2 bentuk proses penadilan di negara Malaysia ini????? -editor

Berita asal: malaysia kini

Thursday, September 4, 2008

Minyak: Persoalan dan jawapan yang kita perlu tahu

Banyak diantara kita tahu salah dan kelemahan kerajaan. Tetapi tidak tahu jawapan yang paling tepat untuk menjawap soalan jika benar kerajaan yang melakukan salah. Disini ada sedikit hujah pemimpin negara yang membodohkan rakyat dan jawapan disebalik persoalan itu. Cuba kita renungkan...

1.Harga minyak terpaksa dinaikkan ekoran harga minyak di peringkat antarabangsa melambung tinggi.


Apahal pulak Malaysia yg teruk. Malaysia negara pengeluar minyak bukan pengimport minyak sepatutnye kita untung.

harga minyak naik kita mstilah lagi untung kn. Ikot logik la.. Bayangkan, kita ada dusun durian, tentu kita dan keluarga gembira kerana harga buah durian mahal.

anak cucu la untu. Mana taknya harga mahal so, untung pon banyak la. Tetapi pemimpin BN-Umno lain sikit. Harga naik tapi kita pulak susah dengan implikasinya. Rakyat pulak menderita terutama mereka yang berpendapatan rendah mcm petani,nelayan..

2.Harga minyak kita lebih murah jika hendak dibanding dengan negara Asean yang lain.

Memangla.. Jangan banding dengan Thailand, Indonesia. Banding dengan Brunai kerana harga minyak di negaranya RM1.20 seliter.

Buah Oren dengan epal tidak boleh buat perbandingan. Atau pun jangan banding harga nasi lemak daun pisang di Malaysia dengan Jepun. Perlu dingat juga, walaupun Indonesia, Thailand minyaknya mahal, tetapi barang keperluan harian dan pakaian serta barang yang sudah siap murah seperti makanan, pakaian, alat perabot semuanya murah.

Di negara kita semuanya mahal daripada minyak sampai kepada keperluan yang lain. Yang murah hanya maruah pemimpin tertentu. Stuju idak?

3. Minyak di Singapura lebih mahal daripada Malaysia.

Singapura bukan negara pengeluar minyak.

Tambahan pula pendapatan rakyatnya tinggi, contohnya pencuci lantai gaji hampir RM2000 ringgit di Malaysia, hanya RM600. Begitu juga pengangkutan awam antara yang terbaik di dunia, di Negara Malaysia Hadhari paling teruk.

Di negaranya tol hanya dikenakan waktu tertentu sahaja, sedangkan di Malaysia siang malam, 'non stop'.

4. Wang subsidi petrol RM56 bilion akan digunakan untuk pembangunan. Kita hendak tanya ke mana wang subsidi ini akan pergi.

Adakah hendak belanja untuk Monsun Cup yang menghabiskan wang rakyat RM 250 juta, Formula 1 yang berapa kerat rakyat yang mampu hendak menonton. Sedangkan belanja untuk Formula 1, tahun 2004-RM98.4 juta, tahun 2005-RM110.7j, 2006-RM121.8j, 2007-130.5j.

Belanja konduktor Malaysian Philharmonic Orchestra sebanyak RM3.5 juta sebulan yang diambil daripada wang Petronas. Apakah ini yang dimaksudkan untuk pembangunan.

Ketika minyak naik 30 sen kerajaan mengumumkan RM4 bilion subsidi akan digunakan untuk memperbaiki pengangkutan awam. Kita tidak nampak pengangkutan awam bertambah baik malahan makin teruk.Tak percaya cuba naik pengankutan awam ni. Tambahan lagi bila waktu puncak.

5. Ucapan lidah bercabang pemimpin negara, kesian rakyat kerana minyak naik. Ucapan hanya hendak menyejuk hati rakyat.

Kalau mereka kesian kepada rakyat mereka mesti memikirkan masalah rakyat. Pak Menteri tidak kisah elaun dan gaji hampir RM56 ribu sebulan. Minyak naik RM5 seliter pun mereka tidak kisah.

6. Pemimpin Umno-BN berkempen supaya beli barang murah.

Kita hendak tanya kedai mana ada jual barang murah. Kalau ada barang keperluan yang murah boleh dibeli di pejabat Umno baguslah.

7. Hendak ambil tindakan kepada peniaga yang jual barang mahal.

Pemimpin Umno/BN kata jual dengan harga lama masih untung. Mana ada peniaga hendak jual barang murah kalau modal sudah mahal.

Kalau minyak naik, semua barang akan naik, kerana barang bukan bawa dengan beca roda tiga.

Persatuan Lori sudah mengumumkan bahawa mereka akan naik tambang kos pengangkutan 35 peratus. Kerana lori 10 tan dulu hanya perlu untuk minyak RM3000 sebulan sudah mencecah naik kepada RM5000.

8. Kenyataan pemimpin Umno yang hendak membodohkan rakyat supaya jangan marah apabila minyak naik.

"Kita bimbang sekiranya minyak murah rakyat tak cermat dan minyak akan kurang,"kata Perdana Menteri.

"Belanja secara berhemah,"kata Datin Rosmah Mansur.

"Ubah gaya hidup...membazir Islam marah,"kata Dato' Seri Najib.

Datuk Seri Shahidan Kasim sewaktu minyak naik 30 sen dulu dia suruh pegawai kerajaan naik basikal.

Cakap tak serupa bikin la kamu smua ni!

Tuesday, September 2, 2008

Perak: Nizar lebihkan Cina?




Badan Perhubungan Umno Perak berkata, tindakannya Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaludin meluluskan 400 hektar tanah kepada sembilan sekolah persendirian Cina menjadi tandatanya walaupun ia bukan satu kesalahan.

Setiausaha Kerjanya, Datuk Hasbullah Osman berkata tindakan itu menunjukkan kerajaan negeri yang diterajui menteri besar dari parti PAS itu gagal melihat kepentingan untuk membantu orang Melayu selepas negeri itu diperintah pembangkang.

Bernama memetik Hasbullah yang juga ahli dewan undangan negeri kawasan Temenggor dalam Parlimen Gerik sebagai berkata Mohamad Nizar perlu memikirkan kepentingan orang Melayu walaupun tindakan meluluskan tanah itu bukan satu kesalahan.


Badan Perhubungan Umno Perak, katanya, meminta Mohammad Nizar supaya tidak mengenepikan kepentingan orang Melayu dan Islam walaupun negeri itu diperintah pembangkang.

Beliau ditemui selepas menyampaikan bantuan bubur lambuk kepada masyarakat Islam di Pekan Pengkalan Hulu petang semalam.

Semalam, Ketua Pemuda Umno Perak, Zainol Fadzi Paharudin menyatakan kekesalan dengan tindakan kerajaan Perak itu dan meminta menteri besar itu bersikap adil dalam membantu rakyat.

Beliau berkata, rakyat akan menuduh kepimpinan negeri terutama menteri besar tidak tahu mentadbir negeri dengan hanya membantu satu pihak dan mengabaikan pihak lain.
Berita asal: malaysiakini

Tidak adil sekiranya kita adili sesebuah kerajaan dengan jangkamasa yang singkat-editor

Kerajaan Negeri Perak kembalikan bantuan RM1.3 Juta kepada SAR

IPOH, 3 Sep (Hrkh) - Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak akan mengembalikan semula bantuan berjumlah RM1.3juta kepada 18 buah sekolah Agama Rakyat di Negeri Perak bagi tahun 2008 ini.


"Bantuan kepada sekolah agama rakyat telah dinafikan oleh kerajaan BN/Umno yang memerintah Perak dahulu sejak pentadbiran Tun Mahathir lagi tetapi kini dibawah pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat, bantuan tersebut telah diberikan semula.

"Bantuan tersebut akan diagih-agihkan dalam bulan Ramadan, sedikit masa lagi," kata Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Perak, Ustaz Misbahul Munir bin Masduki

Terdapat 9 buah Sekolah Menengah Agama Rakyat dan 9 buah lagi Sekolan Agama Rendah yang menjadikan jumlah keseluruhannya 18 buah.

Menurut beliau, Kerajaan Pakatan Rakyat sangat prihatin dan mengambil berat untuk menyelesaikan masalah yang telah dicipta oleh kerajaan BN/Umno sebelum ini.

"Merekalah yang menyekat bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat dahulu hingga menimbulkan masalah dan kerumitan kepada sekolah dan juga para guru yang bertugas di Sekolah-Sekolah Rakyat," jelas Misbah.

Beliau melahirkan rasa kesal apabila Umno mahu menunjukan rasa prihatinnya terhadap Sekolah Agama Rakyat yang mana sebelum ini merekalah yang menjadi `penghalang' dan menindas Sekolah Agama Rakyat dengan menafikan pemberian per kapita tersebut.

Laporan Bernama melaporkan tentang desakan Pergerakan Pemuda Umno, Zainol Fadzi supaya Menteri Besar Perak Dato Seri Mohammad Nizar Jamaluddin turut memberikan lot tanah kepada Sekolah Agama Rakyat milik persendiran dan Sekolah Agama Pondok dalam usaha memaju dan memartabatkan agama Islam di Perak.

Misbah memberitahu Kerajaan negeri menyedari bahawa pemberian RM30,000 setahun kepada 9 buah sekolah Cina itu(bukan setiap satu sekolah sebagaimana laporan tersebut) adalah tidak memadai.

Oleh itu sebagai langkah jangka panjang, kerajaan negeri memutuskan untuk memberikan tanah kepada sekolah tersebut bagi membolehkan mereka menubuhkan sebuah syarikat untuk mengusahakan tanah berkenaan," katanya.

Mengikut sumber yang boleh dipercayai, tanah tersebut akan diusahakan dengan tanaman Kelapa sawit dimana dalam jangka masa lima tahun akan memulakan pengeluaran hasil, maka bantuan RM30,000 setahun itu akan diberhentikan.

Misbah juga turut menjelaskan bahawa pemberian 400 hektar tanah kepada sembilan buah sekolah menengah persendirian Cina di Perak itu adalah atas tempoh pajakan selama 30 tahun.

"Projek seumpana ini telah lama dilaksanakan oleh Kerajaan Kelantan dimana kerajaan Kelantan telah memperuntukan 3,000 hektar tanah untuk sekolah-sekolah Cina di sana," katanya

"Kerajaan Pakatan Rakyat mahu bersikap adil kepada semua sekolah-sekolah di Negeri Perak ini, bukan macam Umno/BN yang sehingga kini gambar Menteri Besar dari Pakatan Rakyat di lima buah negeri pun tidak dibolehkan digantung dibilik-bilik darjah sekolah-sekolah kerajaan Pusat," ujarnya.

Menurut Misbah lagi, Kerajaan Pakatan Rakyat juga sedang mengenal pasti tanah untuk Sekolah-Sekolah Agama Rakyat bagi tujuan yang sama dan akan di umumkan sedikit masa lagi.

Berita asal: harakah

Thursday, August 28, 2008

ISA-Bebas empat, tahan enam lagi

GMI kecam tindakan kerajaan

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Hrkh) - Kementerian Dalam Negeri terus dikecam, biarpun membebaskan empat tahanan ISA baru-baru ini kerana dalam masa sama bertindak menahan enam yang lain.


GMI dalam kenyataannya kepada Harakahdaily hari ini berkata, pihaknya dimaklumkan bahawa enam tahanan itu telah ditahan bawah akta zalim itu pada Julai lalu.

Bagaimanapun, menurut GMI pihaknya tidak dimaklumkan mengenai pembebasan empat tahanan tersebut, yang dua daripadanya ditahan lebih enam tahun.

Mereka yang dibebaskan ialah Shahrial Sirin, Abdullah Minyak Silam, Zainuddin Suharno dan Jaki Hamid - kesemuanya warga Indonesia dan telah dihantar kembali ke Indonesia.

Shahrial dan Abdullah ditahan melebihi enam tahun atas tuduhan JI, manakala Zainuddin dan Jaki ditahan selama dua tahun atas tuduhan DI.

GMI mengalu-alukan pembebasan keempat-empat mereka, yang jelas tidak dibuktikan kesalahan mereka di mana-mana mahkamah terbuka di negara ini, selain berpendapat pembebasan itu juga atas desakan Kempen Bebaskan Enam Tahun ISA.

Selain itu, kata GMI tindakan kerajaan menghantar balik keempat-empat tahanan itu ke Indonesia tidak berperikemanusiaan dan tidak boleh dimaafkan.

" Mereka terpaksa menunggu dalam tempoh yang lama untuk bersatu dengan keluarga mereka, tetapi tindakan kerajaan menghantar mereka ke Indonesia tidak boleh dimaafkan, khususnya terhadap keluarga Shahrial yang baru kehilangan anak perempuannya - Aina Mardhiah, 3 Julai lalu," tegas GMI.

Sumber: harakahdaily.net

Detik mula perubahan ke arah kerajaan baru 16 September

Hari ini Dato' Seri Anwar Ibrahim akan hadir kali kedua ke Bangunan Parlimen, selepas 10 tahun untuk mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh, sekaligus menjadi Ketua Pembangkang yang baru.


Anwar dipaksa meninggalkan Parlimen secara paksa 10 tahun lalu ketika menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia, dalam kerajaan Barisan Nasional.

Bezanya, kemasukkan beliau ke Parlimen kali ini bukan setakat hendak menjadi Ketua Pembangkang atau TPM sahaja.

Beliau mempunyai matlamat yang besar dan jelas, iaitu mahu menjadi Perdana Menteri bagi kerajaan baru yang dinamakan Kerajaan Pakatan Rakyat.

Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh semalam mencetuskan implikasi politik yang besar kepada negara.

Kemenangan besar Anwar bukan sahaja membuktikan bahawa Permatang Pauh merupakan 'safe heaven' baginya, malah ianya merupakan titik tolak yang besar kepada perubahan politik negara.

Hakikat yang tidak dapat sanggah iaitu, memenangi pilihan raya kecil dengan majoriti yang lebih besar bagi calon parti pembangkang, merupakan sesuatu yang amat sukar dalam sejarah politik negara.

Anwar dan gerombolannya daripada Pakatan Rakyat sudah menghampiri tarikh 16 September yang sering dicongak oleh kawan dan lawan.

Rakyat Permatang Pauh mewakili seluruh rakyat Malaysia, memberikan 'signal' yang paling jelas kepada Barisan Nasional bahawa era pemerintahannya selama 50 tahun bakal berakhir tidak lama lagi.

Sumber: harakahdaily.net
Berita penuh

Kes UiTM: Spotlight on UiTM VC

After reading about UiTM students protesting against the Selangor MB's proposal to open up 10% of the places at UiTM to non-Malays, I decided to do a bit of 'investigative reporting' on UiTM. Initially I wanted to write about the philosophy of UiTM and how it might or might not be compatible with allowing non-Malays into UiTM. I'll write about this in part II of this spotlight but for Part I, I want to point our readers to the qualifications of the current VC of UiTM, Dato' Seri Prof Dr Ibrahim Abu Shah.

The esteemed VC lashed out at Khalid Ibrahim saying that "UiTM was the last educational bastion for the Malays and other Bumiputeras to help change their lot, hence no quarters should interfere with its founding objectives and administration."

So I thought that it was fair game for us to take a closer look at the qualifications of the VC. It is not the first time that the VC ha
s appeared on this blog. Tony has highlighted him before here, here and here.

His VC webpage can be accessed here and he has been the VC of UiTM since 2001. He is an UiTM 'lifer', if you will. He graduated with a Diploma in Public Administration from ITM in 1971 (before ITM achieved its current un
iversity status). He then worked as an Executive Officer in the Malaysian Treasury from 1971 to 1972. He then left to further his studies in the US and obtained his BA in Economics from Ohio University in 1974 and an MA in Sociology from the same university in 1975 (must have been a good student to finish a BA and MA in 3 years!).

He then came back and was the deputy dean of students affairs at ITM Shah Alam, the site of its current flagship campus from 1976 to 1982. He then transitioned to a senior lecturer from 1981 to 1991. During this time, he took leave and obtained his PhD from the University of Maryland in Government and Politics. (Fo
r those of you who don't know, Maryland is a pretty good state university and I know that their polisci department is pretty good as well)

The title of his dissertation was:

"The use of higher education as an intervention strategy in the economic development of a plural society : a case study of Mara Instit
ute of Technology in the economic policy of Malaysia"

In fact, this piece of work is the only academic reference I could find for the esteemed VC when I did a google scholar search under his name.

Upon his return from the US, newly minted PhD in hand, he was made the Provost of ITM Sarawak. During this time, I'm guessing that ITM expanded throughout the country in an
aggressive manner. He was made the Deputy VC (Academics) in 1998 and because VC in 2001.

So, let's summarize his work and life experience thus far. He got his diploma from ITM and apart from one year at the Malaysian treasury and his time in the US, he has worked in an ITM all of his adult life.

His homepage gives a list of his publications including the must read "Gaya Hidup Remaja Masa Kini. (1997) Shah Alam: Biroteks, Institut Teknologi MARA" and "Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera. (1990) Kuching: Education Department, Sarawak". None of his publications are with a recognized refereed journal or publisher. Most, if not all of his publications, are with local publishers including UiTM, his own institution. Almost all
of his publications have to do with his favorite subject, you guessed it - ITM.

Having established his academic credentials, which are of course worthy of a Professorship, let's examine some of his other, "credentials". This is what is listed under 'political contributions'.

1. UMNO Member (1968 - present)
2. Youth Leader, UMNO Kg. Pulai (1981- 1983)
3. Committee Member, UMNO Youths Jasin, Melaka (1982 - 1983)
4. Chairman (Founder) UMNO Club, Carbondale USA (1983)
5. President, UMNO USA Club (1985 - 1987)

So apart from being an ITM 'lifer', he is apparently an UMNO 'lifer' as well including being the founder of the UMNO Club in the US, probably in the first year of his PhD in Maryland.

Under 'outside contributions', he is listed as being an "Exco of Alumni UMNO Club (oversea) (1995 – present)". Ironically he is also a member of the "Committee of Advisor National Unity (Panel) February 2007 – December 2008" and an occasional speaker at BTN forums. Boy, what would I give to be a fly in the wall in one of his BTN lectures.

Under 'forums and talks', the following is listed:

"Talk to all Malaysians UMNO division heads about "Gerakan Anti Kerajaan Pelajar-Pelajar di Kampus-Pengalaman UiTM" – 15 November 2001"

If having an in-depth knowledge of the inner workings of UiTM and being a loyal UMNO supporter are qualifications for the position of the VC of UiTM, the esteemed VC is probably the most qualified person in the universe. But if academic experience and an open outlook are the criteria, then... you guys finish the sentence.








Source: educationmalaysia.blogspot.com
Full article

Kes UiTM: Pelajar dipergunakan orang tertentu?

"Tahukah anda bahawa di UiTM terdapat pelajar bukan Melayu dari luar negara?

Sejak UiTM membuka ruang kepada pelajar asing dan bukan Melayu dari luar negara, sehingga 23 Jan 2008, terdapat 230 pelajar bukan Melayu. Jadi mengapa NC misai tebal nak berlagak dengan katanya UiTM ni untuk Melayu? Cuba lihat laporan Utusan Malaysia online bertarikh berkenaan.

NC UiTM ini sebenarnya tidak jujur tentang bilangan pelajar bukan Melayu di UiTM. NC UiTM menipu rakyat seluruhnya.

NC UiTM kata "UiTM untuk Melayu" sedangkan di belakang tabir beliau bawa masuk pelajar bukan Melayu. Salahkah bawa masuk pelajar asing? Bukan salah kalau nak sahut cabaran mengantarabangsakan UiTM, tapi janganlah berhujjah dengan "UiTM untuk orang Melayu".

Yang pelajar UiTM ini pun satu, dibodohkan oleh NC Abu. mungkin kerana dah gian dan kemaruk sebab lama tak dapat demo agaknya, kali ini NC UiTM arahkan kuliah ditangguh, bas disediakan, sokongan diberikan, maka budak2 UiTM yang tak buat homework pasal isu ini macam dicucuk hidung, pergilah berdemo. Nak kata tak pandai, tapi mereka dah masuk universiti. Tapi bolehlah kita panggil bijak sampai terpijak.

Tahukah anda NC si misai tebal ini berangan nak jadi Ketua Menteri Melaka tapi tak dapat2 sejak dari zaman Tun Mahathir lagi? Tapi sah beliau ini adalah AJK UMNO Bahagian di Melaka.

Siapa dia NC nis?

Sebagai orang akademi, janganlah buat kenyataan "JANGAN CABAR KAMI" kepada MB Selangor. Itu kenyataan politik. Awak tu menumpang di Selangor. Nanti kena halau dari Selangor baru tahu.

berita penuh
sumber: tranungkite.net


Tuesday, August 26, 2008

Kepercayaan Kepada Pakatan Rakyat Pudar, Pengundi Tolak Anwar










Petikan dari LAMAN RASMI UMNO ONLINE


PERMATANG PAUH – Menjelangnya pilihan raya kecil Permatang Pauh, Pulau Pinang yang akan berlangsung pada esok (26 Ogos), kepercayaan pengundi kepada Pakatan Rakyat (PR) semakin goyah dan kredibiliti Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menang di kawasan tersebut semakin samar tambahan lagi pelbagai pihak telah menolak kepimpinan beliau.

Sesungguhnya, pendedahan bekas sahabatnya, Datuk S. Nallakaruppan yang mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima wang sebanyak RM60 juta daripada Magnum Corporation Bhd. telah memadamkan sama sekali kepercayaan rakyat terhadap beliau.

Malah sebelum itu, satu demi satu perubahan yang dilakukan oleh PKR sendiri telah memberi impak bukan sahaja kepada rakyat Malaysia tetapi juga telah menyentuh sensitiviti dan kedudukan orang Melayu serta agama Islam dan kedaulatan undang-undang.

Institusi Raja Melayu juga dicabar dan perkara sensitif menyentuh kontrak sosial dalam Perlembagaan Persekutuan cuba bangkitkan dengan pertikaian semula.

Mengulas mengenainya, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata ia adalah bukti bahawa PR tidak boleh mentadbir negara dengan baik atau mewujudkan kestabilan dalam negara.

"Pengundi perlu sedar PR tidak selari daripada segi pegangan dasar dan ideologi. Memang kita sudah cakap dari awal bahawa pembentukan mereka sebenarnya rapuh, sekadar hendak menolak BN dalam pilihan raya dan bukan untuk jadi alternatif kepada BN," katanya.

Berita penuh

Tetapi sekarang sudah terbukti suara sebenar rakyat-editor

"Keputusan rasmi SPR yang diterima adalah Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim menang sebanyak 31,195 undi manakala calon BN mendapat 15,524 undi manakala calon bebas hanya 92 undi. Majoriti undi yang dimenangi Anwar adalah 15,671 undi."

Anwar menang besar: Majoriti 15,671

















9.47 malam: Keputusan rasmi, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat majoriti 15,671 undi.

Penasihat PKR itu mendapat 31,195 undi, manakala calon BN Datuk Arif Shah Omar Shah meraih 15,524 undi.

Sementara calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) Hanafi Hamat memperolehi 92 undi sahaja dan hilang wang pertaruhan.

Yang menariknya, majoriti undi yang diperolehi mantan timbalan perdana menteri itu, lebih tinggi daripada undi yang diperolehi oleh calon BN.

Seramai 81.1 peratus daripada 58,49 pengundi di Parlimen Permatang Pauh keluar mengundi hari ini.

9.15 malam: Keputusan awal setakat ini, daripada sumber rasmi, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat majoriti 14,551 undi.

Sebanyak 11 kotak undi belum dihitung. Pengiraan masih berjalan.

8.00 malam: Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memenangi pilihanraya kecil Parlimen Permatang dengan majoriti tidak rasmi sebanyak 16,210 undi.

Menurut sumber-sumber yang mengetahui, Anwar mendapat 26,646 manakala calon Barisan Nasional (BN), Datuk Arif Shah Omar Shah mendapat 10,436 undi.

Pengiraan masih dijalankan.

7.59 mlm: Pengiraan tidak rasmi menunjukkan Anwar setakat ini mendapat 16,101 undi mendahului Arif Shah yang mendapat 6,071 undi. Pengiraan masih dijalankan.

7.30 mlm: SPR mula mengumumkan keputusan mengikut kotak undi. Setakat ini Anwar mendahului dengan 3,507 undi atau 48.11 peratus, iaitu PKR 5,398, BN (1,891) dan Akim (9).

Sebanyak 20 daripada 111 kotak undi telah dikira.















6.55 ptg: Proses pengiraan undi sedang berjalan di 25 pusat pengundian. Menurut sumber-sumber dalaman, Anwar mendahului di semua saluran.

6.30 ptg: Ribuan penyokong, sebahagian besarnya dari PKR, berhimpun di semua pusat pengundian. Polis turut mengadakan sekatan jalanraya menuju ke pusat pengiraan.

Kira-kira 30 anggota polis dan trak FRU juga dilihat di tempat-tempat berkenaan.

6.05 ptg: Menurut Setiausaha SPR, Datuk Kamaruzaman, seramai 38,144 atau 65.25 peratus keluar mengundi.

5.53 ptg: Polis telah menutup jalan utama menuju ke pusat penjumlahan undi di Institut Perguruan Tuanku Bainun, tempat keputusan pilihanraya kecil Permatang Pauh akan diumumkan.

5.00 ptg: Proses pengundian tamat dan ini akan diikuti dengan proses pengiraan undi.

4.25 ptg: Menurut Setiausaha SPR, Kamaruzaman Mohd Noor berkata sehingga jam 3 petang tadi, hanya 53.5 peratus keluar mengundi. Beliau juga menafikan khabar angin yang tempoh pengundian dilanjutkan hingga jam 6 petang.


1.33 tghari: Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob ketika dihubungi Malaysiakini berkata, keadaan keseluruhan terkawal. Beliau mengesahkan seorang penyokong Pakatan ditahan pagi tadi kerana melempar objek dan menghalang tugas polis.

Menurutnya, kesesakan juga berlaku kerana faktor manusia yang tidak patuhi undang-undng dan ikut emosi sendiri.

1.30 tghari: Masih terdapat 200 penyokong Pakatan di SK Sri Penanti. Kelihatan 10 trak FRU serta trak meriam air ditempatkan di situ.

1.00 tghari: Menurut Setiausaha SPR, Datuk Kamaruzaman Mohd Noor, setakat jam 12 tengahari, 44.8 peratus pengundi telah membuang undi.

Manakala Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar pula menganggarkan sehingga jam 1 tengahari, peratusnya dijangka meningkat kepada 53 peratus.

12.10 tghari: Seperti yang diramalkan oleh Jabatan Kaji Cuaca, hujan mulai turun di sekitar Permatang Pauh dan diramalkan juga akan berpanjangan hingga ke malam.

11.20 pagi: Bilik gerakan SPR di Permatang Pauh ketika dihubungi berkata, hanya Setiausaha SPR, Datuk Kamaruzaman Mohd Noor yang boleh memberitahu peratus pengundian. Kamaruzaman kini sedang meninjau perjalanan proses pengundian.

11.05 pagi: Ejen pengundian PKR, Rodziah Ismail, sahkan nama pengundi dalam kedua-dua versi daftar pengundi di SK Seberang Jaya 2, adalah sama, hanya muka surat yang berbeza.

11.00 pagi: Ramai penyokong BN dan Pakatan di SK Sri Penanti sudah beredar. Hanya tinggal kira-kira 100 penyokong BN dan kira-kira 200 penyokong Pakatan yang masih kelihatan di situ. Anggota polis masih mengawal keadaan di situ.

10.52 pagi Calon Akim, Hanafi Mamat memberitahu Malaysiakini, beliau dalam perjalanan untuk melawat pusat pengundian di Kubang Semang.

Beliau menaruh harapan dan menegaskan, jika kalahpun "mesej kita sudah sampai kepada pengundi dan mereka boleh menilai".

10.42 pagi: Ketua Penerangan PKR, Tian Chua sedang berunding dengan pihak polis untuk memberi lebih masa kepada penyokong parti politik beredar.

10.42 pagi: Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Ayub Yaakob tiba di tempat kejadian. Selepas berbincang dengan para pegawainya, polis mengarahkan penyokong kedua belah pihak supaya beredar.

Terdapat kira-kira 1,000 penyokong parti politik di situ, yang terdiri daripada kira-kira 400 penyokong BN dan 600 penyokong Pakatan.

10.30 pagi: seorang penyokong Pakatan ditahan di SK Sri Penanti kerana didakwa melontar objek ke arah penyokong BN.

10.10 pagi: Anwar berkata beliau berharap dapat angkat sumpah di Parlimen esok dan "kita akan masuk Parlimen dengan agenda yang jelas dan mereka (BN) patut bangun dengan menerima realitinya".

Dalam ucapan ringkasnya selepas membuang undi, Anwar berkata, beliau menerima sokongan kuat penduduk Permatang Pauh.

10.05 pagi: Timbalan Pengarah Pilihanraya PKR, Fauziah Salleh berkata pihaknya sedang menyemak perbezaan muka surat dalam daftar pengundi yang diberi pada PKR dan yang digunakan di saluran dua, SK Seberang Jaya 2.

Katanya, muka surat 8 hingga 21 dalam daftar yang diberikan kepada PKR adalah untuk pengundi saluran dua, tetapi mengikut daftar pemilih yang digunakan oleh SPR pagi ini, bagi pengundi saluran dua adalah muka surat 1 hingga 14.

10.00 pagi: Anwar dan Dr Wan Azizah beredar dari SK Seri Penanti selepas kedua-dua mengundi di SK Sri Penanti. Ketika ditemui pemberita, Anwar berkata, ia bukan Anwar lawan calon BN, tetapi melawan seluruh jentera kerajaan. Bagaimanapun, Anwar yakin menang.

9.38 pagi: Anwar tiba di SK Sri Penanti untuk membuang undi. Beliau yang berbaju kameja biru dan bersongkok, bersama isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

9.31 pagi: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon bertembung Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang di pusat pengundian di SK Seberang Jaya 2.

Penyokong Pakatan melaungkan 'Altantuya, pembohong, penipu' manakala penyokong BN pula melaungkan 'Hidup BN'

9.30 pagi. Menurut sumber yang layak dipercayai, 9 daripada 10 pengundi di SK Sri Penanti difahamkan memilih Anwar.

9.10 pagi PKR menghantar ‘alert' menyatakan senarai daftar pengundi yang digunakan di SMK Seberang Jaya 2, dalam DUN Seberang Jaya 2, berbeza dengan senarai yang diberi oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sebelum ini. Bagaimanapun, difahamkan berlaku perbezaan muka surat dalam daftar pemilih yang digunakan oleh pihak parti dan SPR di pusat pengundian tersebut.

9.05 pagi: Jumlah penyokong Pakatan di SK Sri Penanti, semakin bertambah mencecah kira-kira 700 orang. Manakala penyokong BN pula dianggarkan seramai 300 orang.

8.45 pagi: Kira-kira 30 sedang berbaris untuk mengundi di SK Sri Penanti. Manakala jumlah penyokong BN bertambah kepada kira-kira 250 orang manakala penyokong Pakatan pula meningkatkan kepada kira-kira 300 orang.

Penyokong BN kedengaran melaung liwat, penyokong Pakatan ada kata Altantuya, Ada juga penyokong Pakatan tunjuk wang kertas RM50 ke arah penyokong BN. Ada penyokong Pakatan Tanya BN ‘Tak nyanyi lagu ke'. Penyokong BN jawab ‘liwat'. Bila kenderaan lalu, mereka bersorak.

8.30 pagi: Terdapat kira-kira 200 penyokong BN dan 200 penyokong Pakatan berada di SK Sri Penanti menunggu ketibaan Anwar. Kedua belah pihak dipisahkan oleh jalanraya dan berada kira-kira 20 meter dari situ. Penyokong PKR melaungkan ‘Reformasi' manakala di pihak BN, mereka menyanyikan lagi ‘Barisan Kita". Kelihatan kira-kira 50 anggota polis bertugas mengawal keadaan di situ.

Pengundi dijangka keluar awal untuk mengundi ekoran Jabatan Meteorologi meramalkan hujan dan ribut petir akan berlaku di sebelah petang.

8.15 pagi: Keadaan lalu lintas di sekitar Permatang Pauh terkawal dan kenderaan yang membawa lambang BN dan PKR mundar-mandir mengangkut pengundi.

Seramai 6,000 anggota polis ditugaskan mengawal keadaan keselamatan di Permatang Pauh untuk memastikan proses pengundian berjalan lancar.

8.08 pagi: Calon BN, Datuk Arif Shah merupakan antara orang pertama membuang undi sebaik sahaja pusat pengundian di buka di SK Seberang Jaya 2. Anwar dijadual mengundi jam 9 pagi.

Ketika ditemui pemberita, Arif Shah menyifatkan angka 8 adalah nombor bertuah baginya. Isteri beliau, Datin Latifah Asmawi dan anak sulung mereka, Izwan Shah, turut mengundi di tempat yang sama.

Terdapat kira-kira penyokong kedua belah pihak membawa bendera parti masing-masing Penyokong Pakatan juga kelihatan memakain topeng Anwar dan bersorak antara satu lain.

8 pagi: Sejumlah 110 saluran di 25 pusat mengundi, dibuka kepada 58,459 pengundi membuang undi dalam pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh. Tujuh daripada 25 pusat mengundi itu terletak di sekolah menengah kebangsaan manakala bakinya terletak di sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan serta dewan orang ramai.

Pilihanraya kecil ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN, Datuk Arif Shah Omar Shah 51; calon PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, 61, dan Hanafi Hamat, 61, dari Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim).

Ia diadakan berikutan peletakan jawatan anggota parlimennya, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada 31 Julai lepas bagi memberi laluan kepada suaminya, Anwar bertanding di kawasan itu.

Dalam pilihanraya umum Mac lalu, Dr Wan Azizah menewaskan calon BN, Datuk Pirdaus Ismail dengan majoriti 13,398 undi. Parlimen Permatang Pauh dikuasai PKR sejak pilihanraya umum 1999 dan sebelum itu dimenangi Anwar atas tiket BN sejak 1982.

Anwar mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Penanti manakala Arif Sekolah Kebangsaan (SK) Seberang Jaya 2.

Monday, August 25, 2008

Kes Liwat: sumpah tak ikut islam, mirip kristian

IPOH 16 Ogos - Pas mendakwa sumpah yang dilafazkan oleh Mohd. Saiful Bukhari Azlan tidak mematuhi hukum Islam sebenar dan merupakan satu kebodohan.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, lafaz sumpah itu dengan memegang al- Quran adalah sama macam orang Kristian yang memegang bible.

Oleh itu katanya, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu menyahut cabaran untuk bersumpah.

``Dia (Mohd. Saiful) patut di bawa ke Mahkamah Syariah dan kembali kepada Perkara 121 (1)(A) kerana perkara yang berkait dengan orang Islam wajib di bawah ke Mahkamah Syariah," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Sumber: Umno selanggor

Sunday, August 24, 2008

Kes Liwat: Siapa perancang sumpah?


KUALA LUMPUR, 25 Ogos (Hrkh) - Pegawai Khas kepada Timbalan Perdana Menteri, Khairil Anas Yusof didedahkan sebagai individu yang terlibat dalam mengatur sumpah Saiful Bukhari Azlan di Masjid Wilayah Persekutuan pada 15 Ogos lalu.


Pendedahan tersebut dibuat oleh imam Masjid Wilayah Persekutuan, Ramlang Porigi dalam satu wawancara yang disiarkan dalam Suara Keadilan online.

"Saya ingin jelaskan ada seorang yang saya kenal, dialah yang mengatur sumpah Saiful. Yang saya pasti gambarnya dipaparkan di dalam internet di mana beliau bergambar bersama Saiful Bukhari di hadapan pejabat Timbalan Perdana Menteri, Najib Razak. Saya rasa jawatannya adalah Pegawai Khas kepada Najib," katanya yang dipetik daripada laman web Suara Keadilan.com.

Ramlang juga mendedahkan bahawa beliau telah mendapat arahan dari pihak atasan jabatannya supaya hadir menyaksikan sumpah Saiful itu.

"Saya diarahkan oleh pihak atasan jabatan saya dan saya hanya mengikut arahan yang diberi kepada saya. Saya tidak terlibat dalam menyediakan teks atau apa yang perlu Saiful lakukan seperi perlu memegang al-Quran atau tidak," kata beliau.

Beliau turut mendakwa sumpah yang dilakukan oleh Saiful itu sebagai satu konspirasi terhadap Penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Kes Liwat: Pengakuan Imam(saksi)


kemaskini 1:50am Seorang imam Masjid Wilayah Persekutuan yang menyaksikan acara bersumpah laknat Mohd Saiful Bukhari Azlan hari ini mencipta kegemparan apabila berucap di atas pentas PKR dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh.

ramlang porigi imam witness in saiful bukhari azlan anwar ibrahim sodomy 2 210808 01Ramlang Porigi (foto, kiri) menjelaskan beliau telah diarahkan hadir di majlis sumpah pemuda itu pada 15 Ogos lalu, yang mendakwa diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, calon PKR di kawasan parlimen itu.

Seperti penjelasannya kepada Malaysiakini Khamis lalu, Ramlang yang juga seorang ahli Umno di bahagian Bukit Mertajam bagaimanapun tidak menyatakan lebih lanjut pihak yang mengarahkannya berbuat demikian.

Imam itu juga meminta beliau tidak dikaitkan dengan majlis sumpah Mohd Saiful (foto, kanan) kerana hadir tanpa perancangan awal dan hanya kebetulan berada di masjid untuk urusan pernikahan.

Ramlang muncul lebih kurang 10 minit di satu ceramah besar anjuran PKR di Padang Ibu di Penanti menjelang jam 11.30 malam ini.

Beliau tiba di majlis kempen pembangkang itu ketika pesuruhjaya PAS Pahang, Tuan Ibrahim Tuan Man sedang menyampaikan ceramahnya.
Tuan Ibrahim, bekas wakil rakyat Jengka, memberikan laluan kepada Ramlang sebelum menyambung semula ceramahnya.

Beberapa ribu penyokong pembangkang dan pengundi Permatang Pauh hadir.

Sebelum itu Ramlang, yang diiring dengan kawalan ketat oleh 10 lelaki, menyampaikan penjelasannya yang sama di satu majlis ceramah PKR di Kampung Belah Dua dalam kawasan parlimen itu.

Kira-kira 1,000 pendengar hadir di program itu.

Dalam sidang media bersama naib presiden PKR Mohamad Azmin Ali di Yayasan Aman, Penanti tengah malam ini, Ramlang mendedahkan arahan itu dikeluarkan oleh "orang atasannya" tetapi sekali lagi enggan menamakannya.

Seharusnya, tambah imam itu, kedua-dua pihak Mohd Saiful yang menuduh dan Anwar sebagai tertuduh hadir di majlis sumpah laknat.

Bersumpah boleh dibuat apabila pengadu tidak mempunyai bukti-bukti lain, kata imam itu lagi.

Beliau juga menyatakan kesediaan dikenakan tindakan disiplin oleh Umno kerana tidak memegang sebarang jawatan.

Ditanya sama ada beliau menyokong Anwar dalam pilihanraya itu, Ramlang menyatakan beliau tidak memihak kepada mana-mana parti.

Mengulas pertanyaan media sebab beliau membuat penjelasan malam ini, imam itu berkata beberapa hari selepas sumpah Mohd Saiful, beliau menerima banyak panggilan yang membuat tuduhan liar terhadapnya tetapi tidak ada pihak yang mempertahankannya atau memberi saluran untuk bersuara.

Selain Ramlang, pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali dan bapa Mohd Saiful berada di masjid itu di Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Latar belakang Ramlang menjadi bahan tohmahan dan perbincangan di internet sejak beberapa hari lalu, antaranya mendedahkan bahawa beliau adalah seorang ahli Umno dan pengundi di parlimen Permatang Pauh.

Emel tersebut juga mengandungi dua lampiran yang menyebut bahawa Ramlang menganggotai Umno cawangan Seri Machang, dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Machang Bubuk.

Turut dilampirkan ialah maklumat mengenai pendaftarannya sebagai pengundi parlimen Permatang Pauh - pilihanraya kecil kerusi ini akan diadakan 26 Ogos.

Sewaktu bercakap kepada Malaysiakini, Ramlang mengesahkan bahawa beliau seorang daripada lebih 58,000 pengundi di situ.

ramlang porigi imam witness in saiful bukhari azlan anwar ibrahim sodomy 2 210808 03Ketika ditanya mengenai keanggotaannya dalam Umno, Ramlang berkata: "Saya pernah mendaftar sebagai ahli pada 2003, atas sebab-sebab tertentu".

Beliau enggan mengulas lanjut apabila ditanya maksudnya "atas sebab-sebab tertentu".

Bagaimanapun, Ramlang berkata, beliau bukan seorang ahli aktif dan tidak memegang apa-apa jawatan dalam Umno di sebarang peringkat.

Mengulas lanjut mengenai majlis bersumpah Mohd Saiful, Ramlang berkata, beliau bukannya menjadi saksi sumpah Saiful.

"Apabila kebetulan Saiful tersalah sebut lafaz sumpahnya, oleh kerana saya berada di situ, jadi saya tegurlah," katanya.

Oleh itu, jelasnya, beliau tidak ada sebarang kaitan dengan sumpah Saiful, yang diadakan sehari sebelum penamaan calon pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh.

Anwar adalah antara tiga calon yang bertanding dalam pilihanraya tersebut.

Dua lagi adalah calon Barisan Nasional (BN), Datuk Arif Shah Omar Shah dan Hanafi Hamat dari Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim).

Ramlang bertugas sebagai seorang daripada sembilan imam di masjid tersergam indah itu sejak Jun 2005.

sumber: malaysia kini

VIDEO EKSKLUSIF:Temuramah bersama Ustaz Ramlan Porigi

Wednesday, August 20, 2008

Penghianat negara: Siapa?

Lihatlah satu demi satu penipuan, pendustaan, pengkhianatan dan kedurjanaan yang dilakukan oleh agen pengkhianat yang dilindungi oleh kerajaan Malaysia terbongkar juga akhirnya.

Daripada apa yang diperakukan oleh Dr. Osman Abdul Hamid, doktor yang menjalankan pemeriksaan ke atas Mohd saiful Bukhari, ternyata pihak polis telah samada menambah atau mengubah kenyataan asalnya yang ditulis tangan oleh ASP Romsi Mat Derus dari IPD Brickfield, apabila kenyataan itu ditaip semula.

Dr. Osman Abdul Hamid telah pada 01 hb Ogos 2008 membuat ‘Akuan Bersumpah’ dihadapan Persuruhjaya Sumpah, Mohd Annuar bin Mohd Salleh.

Antara lain dalam para 14 ‘Akuan Bersumpah’ tersebut, Dr. Osman meragui dan bertanya kepada ASP Romsi Mat Derus yang telah menemuinya buat kali kedua bersama kenyataan yang telah ditaip tetapi terdapat beberapa perbedaan daripada kenyataan sebenar yang diberikan oleh Dr. Osman.

Terdapat beberapa perkara yang tidak dibincangkan semasa ASP Rosmi mengambil kenyataan pertama tetapi telah ditaipmasukkan dalam kenyataan tersebut. Terdapat dalam beberapa perenggan kenyataan yang telah ditaip itu nama Dato’ Seri Anwar Ibrahim, sedangkan nama itu tidak disebut dalam kenyataan asal.

Dalam para 16 ‘Akuan Bersumpah’ tersebut, Dr. Osman Abdul Hamid menegaskan walaupun beliau amat keberatan untuk menandatangani kenyataan bertaip tersebut tetapi kerana beliau tidak mahu menimbulkan isu (masalah) dengan polis tersebut, maka beliau menandatangani juga. (ibarat terpaksa atau dipaksa)

Lebih kurang seminggu selepas ASP Romsi menemuinya buat kali kedua, Dr. Osman telah didatangi oleh DSP Choo dari Balai Polis Jalan Hang Tuah, Bahagian Siasatan Jenayah. Sekali lagi beliau diminta memberi kenyataan. Menurut Dr. Osman, dalam suatu keadaan DSP wanita itu seolah menggugut beliau akan didakwa jika tidak mahu berkerjasama dengan polis.

Lantaran bimbangkan keselamatan beliau dan keluarganya terancam, Dr. Osman telah membuat keputusan untuk meninggalkan Malaysia bersama keluarganya.

Lihatlah satu demi satu penipuan, pendustaan, pengkhianatan dan kedurjanaan yang dilakukan oleh agen pengkhianat yang dilindungi oleh kerajaan Malaysia terbongkar juga akhirnya. Sesungguhnya kehormatan pemimpin umno sebagai ‘insan’ telah musnah sama sekali.







petikan asal: http://kerajaanrakyat.com

Kes Liwat: Mercun buatan sendiri

Malaysia digegarkan dengan satu letupan “sodomite stinking bomb”. “Aftermath” atau kesan gegaran dek letupan tersebut semakin meletup-letup di ruangan akhbar dan corong-corong media seumpama “mercun katak” di musim perayaan.

Yang menariknya “gegaran” ini telah menjemput “ilmuan Islam tanah air”, pengamal undang-undang, dan “ahli politik” untuk turut memberikan pandangan masing-masing mengenai “letupan” yang dibuat oleh si X tatkala yang si X tuduh sedang bersiap-siaga untuk berjuang dalam PRK yang semakin hampir.

Usah kita lihat dari sudut kes, pertuduhan, bela diri, bukti, dan “sensasi politik” terhadap perkara ini. Adalah lebih elok kita fahami falsafah undang-undang itu sendiri. Secara jelas “gegaran” ini melibatkan dua asas perundangan – Islam dan Konvensional.

Sumpah Syariat yang dibuat oleh si X “kununnya” adalah untuk membuktikan yang dia adalah benar atau bersih dari sudut agama Islam (tidak perlu saya siar-semula “script” angkat sumpah si X ini) dan pandangan (kepercayaan?) umat Melayu-Islam di negara ini. Apakah dari segi hukum atau undang-undang Islam itu sendiri, si X (daripada sumpah syariatnya) cuba memberi satu “verdict” bahawa yang si X tuduh sememangnya bersalah? Siapakah hakim yang mengadili kes si X ini sebenarnya?

Memanglah Allah s.w.t. itu hakim sebenar (Maha Adil) kita di dunia mahupun di akhirat kelak, tetapi di dalam perkara ini si X cuba menjadikan kita umat Islam di Malaysia sebagai hakim. Atas dasar apa dia buat begitu tatkala bukti dan saksi belum dibawa ke muka pengadilan?

Apakah dia mempermainkan hukum Islam itu sendiri? Apakah ini juga berupa “contempt of court” oleh si X yang mana kita sedia maklum yang perbicaraan di mahkamah (Konvensional) belum pun bermula?

Harus diingat, kes sudah disebut di mahkamah dan tidak harus ada perbicaraan sebelum perbicaraan bermula ataupun perbicaraan di luar mahkamah.

Pada pendapat saya, secara umumnya ramai masyarakat Islam di negara kita tidak terdedah kepada asas perundangan Islam itu sendiri, makanya terjadilah perkara seperti ini. Bahkan asas undang-undang Konvensional yang telah kita terima-pakai selama ini pun ramai yang tidak faham. Fahami falsafah kedua-dua undang-undang ini seperti berikut dan hubungkaitkan dengan kes si X ini:

Undang-undang Islam adalah lebih bersifat “pembelaan” terhadap tertuduh (yang dituduh) sebagaimana termaktub di dalam Syariat Islam.

Undang-undang Konvensional adalah lebih bersifat “membuktikan kesalahan” tertuduh (yang dituduh) mengikut “proceeding” mahkamah dan dibicarakan mengikut Akta, Ordinan, atau Enakmen yang telah digubal, diluluskan, diwartakan, dan diterima pakai oleh sesebuah negara itu sendiri.

Bukankah falsafah kedua-dua perundangan ini berbeza! Anda boleh rujuk mana-mana buku atau kitab mengenai asas perundangan Islam dan mungkin elok juga merujuk kepada MLS: Malaysian Legal System. Jadinya, dalam hal ehwal si X ini haruslah kita fahami maksud atau tujuan dibuatnya “sumpah” tersebut.

Apakah dia takut jika dibicarakan di mahkamah syariah kerana gagal mengemukakan 4 (empat) saksi makanya dia mengunakan atau mempermainkan Syariat Islam itu sendiri untuk menyatakan dia benar? Dan, apakah melalui pendekatan Islamnya itu si X cuba mempengaruhi keputusan mahkamah konvensional kemudian hari?

Biasanya yang dituduh akan lebih cenderung untuk berbuat perkara sebegini dan bukan pula yang menuduh. Mengapa si tertuduh tidak berbuat apa-apa? Apakah jika dibuat nanti diklasifikasikan sebagai “contempt of court” pula oleh mahkamah konvensional makanya tidak dibuat? Kalau dari segi perlaksanaan Mahkamah Syariah mungkinkah kerana tiada kes (gagal kemuka 4 saksi) makanya si tertuduh tidak melakukan sesuatu atas tindakan si X yang menuduh?

Yang nyatanya tidakkan secara “peribadi” si X ini adalah dibuat di luar proceeding kedua-dua mahkamah. Jadinya si X menggunakan pendekatan undang-undang yang mana? Apakah tujuan sebenar si X berbuat begitu (atau disuruh berbuat begitu) tatkala rakyat lebih tertumpu kepada si tertuduh di PRK-PP? Apakah “nawaitu” saudara seagama dengan kita ini?

Saya rasa “letupan” yang saya maksudkan di sini adalah “letupan” dari “mercun buatan sendiri” yang mana masyarakat kita sedia maklum di setiap kali musim raya selalunya “mencederakan” si pembuat atau pembakar mercun tersebut?