Sunday, February 15, 2009

PM dianugerah Beret Hijau komando

MERSING 13 Feb. - Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini dianugerahkan Beret Hijau Kehormat Rejimen Gerak Khas (RGK) di Kem Iskandar di sini.
Pada majlis itu, Abdullah yang juga Menteri Pertahanan dipakaikan Beret Hijau, Lanyard Biru, Sangkol dan Lambang Sayap Ketua Penerjunan oleh Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Ismail Jamaluddin.
Terdahulu, Perdana Menteri memeriksa perbarisan kawalan kehormatan oleh 99 anggota Grup Gerak Khas (GGK) yang diketuai Mejar Alfarizan Marzuki.
Beliau kemudian menyaksikan demonstrasi kumpulan pembawa beret menggunakan helikopter.
Turut hadir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Jeanne Abdullah; Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman; dan Panglima 21 GGK, Datuk Awie Suboh.
Seramai 250 anggota komando GGK pelbagai pangkat turut menyaksikan penganugerahan bersejarah itu.
Kementerian Pertahanan dalam kenyataannya menyebut, Beret Hijau Kehormat adalah lambang keagungan, keperwiraan serta mutu keberanian yang tinggi nilainya bagi melambangkan pengorbanan serta taraf profesionalisme tinggi sebagai seorang wira.
Hanya mereka yang benar-benar layak berhak dianugerahkan beret tersebut sebagai salah seorang ahli rejimen GGK iaitu sebuah pasukan yang diperakui elit dalam angkatan tentera dan diiktiraf di peringkat antarabangsa.
Penganugerahan beret kepada Abdullah adalah mengambil kira ketokohan, kewibawaan dan kecemerlangan beliau sebagai Perdana Menteri serta sumbangannya dalam usaha meningkatkan pembangunan dan pemodenan GGK dan amnya, Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Abdullah adalah penerima anugerah beret hijau ke-32 dan merupakan penerima kedua di kalangan Perdana Menteri selepas Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menerimanya pada 2001.
Perdana Menteri selepas itu menunaikan solat Jumaat di Masjid Kem Iskandar.
Selepas itu, beliau dan isteri menghadiri jamuan tengah hari bersama pegawai GGK, melawat pameran statik, menyaksikan demonstrasi amfibia dan menemui warga GGK.


Layak ke dia mendapat anugerah tu? Macam ade motif disebalik anugerak tu. Adakah ianya berkaitan mengelak penyiasatan kemungkinan klip video latihan tentera adalah aksi bulian?-editor

Friday, February 13, 2009

TARIKH PILIHAN RAYA KECIL

KENYATAAN AKHBAR SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA

PILIHAN RAYA KECIL PARLIMEN P.11 PENDANG
DAN DEWAN UNDANGAN NEGERI
N.15 ANAK BUKIT, KEDAH

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah dimaklumkan secara rasmi pada 26 Jun 2002 oleh Yang Di Pertua Dewan Rakyat dan Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah berhubung dengan kekosongan kerusi Bahagian Pilihan Raya Parlimen P.11 Pendang dan kerusi Dewan Undangan Negeri N.15 Anak Bukit, berikutan dengan kematian Ahli Dewan Rakyat yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri berkenaan Y.B. Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor pada 23 Jun 2002.

2. Berikutan dengan kekosongan kerusi Parlimen dan kerusi Dewan Undangan Negeri seperti yang tersebut itu, Suruhanjaya Pilihan Raya yang bermesyuarat pada hari ini, 29 Jun 2002 telah menetapkan tarikh-tarikh untuk menjalankan pilihan raya kecil sebagaimana yang diperuntukkan oleh undang-undang. SPR yang bermesyuarat pada hari ini telah menetapkan bahawa pilihan raya kecil ini akan dijalankan secara serentak iaitu pada tarikh-tarikh seperti berikut:

Tarikh Penamaan Calon :10 Julai 2002 (Rabu)

Tarikh Pengundian :18 Julai 2002 (Khamis)

(Jika ada pertandingan)

link asal: SPR

Tarikh ini terlalu lmbat.. mcm ade kaitan slps dewan UMNO bersidang je..-editor

Tuesday, February 10, 2009

Nizar's Refusal Is Treason - Ahmad Shabery


KUALA LUMPUR, Feb 5 -- Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin's refusal to resign from his post as ordered by the Sultan of Perak Sultan Azlan Shah can be considered an act of treason, said Information Minister Dato' Ahmad Shabery Cheek. 

"We have a ruler and the country is practicing the constitutional monarchy system not only at the federal level but also state level.

"The sovereignty of a state rests on the rulers. As such, it is befitting and a must and the onus should be on us to obey and uphold the order of our rulers.

"So, it is proper for us not to disobey (the order), otherwise it will be misconstrued as breaching (the law) or disobedient, thus committing an act of treason to the Sultan," he told reporters after opening the pre-screening of a documentary, 'Europe through the Eyes of Malaysians' here on Thursday.

Association of Former Senators, MPs and Assemblymen (Mubarak) president Tan Sri Abu Zahar Ujang said Nizar had shown disregard for the law on sovereignty of the state by going against the Sultan's order.

"To dissolve the state legislative assembly, the Sultan's consent has to be sought first as it is enshrined in the state constitution.

"Failing to do so means that he (Nizar) does not understand the law and is not qualified to lead the state," he told Bernama.

Malay Unity Action Front chief Osman Abu Bakar said Nizar was appointed menteri besar after the Sultan gave his consent and when the Sultan wanted him to resign, he should abide by it.

"As menteri besar, he has to act in the best interests of the Malays in Perak and to safeguard their honour.

"The political crisis in Perak is a test of the parliamentary democracy in the country," he said.

asal: BERNAMA
Tindakan Tan Sri Annuar Musa yang menabalkan sultan Kelantan yang baru pada tahun 1993 kerana Sultan Kelantan yang sedia ada, Sultan Ismail Petra tidak sehaluan dengan pemimpin Umno Kelantan."Kalau nak dikirakan menderhaka tindakan Annuar Musa ini lebih derhaka berbanding yang Nizar,  Lagi 1 kes "NATANG" kepada sultan terengganu aritu.. Camana plak 2? Xderhaka ka? -editor

 

Nizar perjelas sebab tidak letak jawatan MB


Feb 5, 09 6:38pm

Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin telah mengutus surat kepada Sultan Azlan Shah menjelaskan sebab-sebab mengapa beliau tidak akan meletakkan jawatan sebagai menteri besar Perak.

perak cm mb mohamad nizar jamaluddinSurat tersebut adalah reaksi kepada titah baginda yang tidak memperkenankan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak serta Mohammad Nizar Jamaluddin dan barisan exconya meletak jawatan berkuatkuasa serta merta.

Manakala Setiausaha kerajaan negeri Perak, Datuk Dr Abdul Rahman Hashim telah mengarahkan Mohamad Nizar dan semua anggota exconya mengosongkan pejabat mereka dengan segera.

Berikut adalah kandungan penuh surat Mohammad Nizar kepada baginda Sultan:

5 Februari 2009

Mengadap Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Shah Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah Paduka Sultan Negeri Perak Darul Ridzuan Yang bersemayam di atas takhta Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan dengan beberapa amat kebesaran dan kemuliaannya.

Assalamualaikum

Ampuan Tuanku,

Dengan hormat dan takzimnya patik merafa'kan sembah dan berdoa kehadrat Allah Suhanahu Wata'ala, mudah-mudahan Duli Yang Maha mulia Tuanku sentiasa berada dalam keadaan selamat dan kesejahteraan.

Ampuan Tuanku,


MERAFA' SEMBAH MEMAKLUMKAN PERKEMBANGAN TERKINI DEWAN UNDANGAN NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN

Warkah yang tidak sepertinya ini sebagai pengganti diri patik untuk menyembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku mengenai isu kedudukan terkini Dewan Undangan Negeri Perak Darul Ridzuan.

Patik merafa' sembah menjunjung kasih di atas perkenan Duli Yang Mah Mulia Tuanku pada pagi ini. Patik memohon izin untuk menyembahkan beberapa perkara:

1. Artikel XVl (6) Undang-undang Perlembagaan Negeri Perak menyatakan bahawa "If the Menteri Besar ceases to command the confidence of the majority of the Legislative Assembly, then, unless at his request His Royal Highness dissolves the Legislative Assembly, he shall tender the resignation of the Executive Council". Ini bermakna sokongan Menteri Besar itu perlu diputuskan oleh Persidangan Dewan Undangan Negeri.

2. Jumlah Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional adalah sama iaitu 28 orang. Adalah kurang tepat andaian Barisan Nasional mempunyai majoriti. YB Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Perak telah memutuskan bahaw Adun bagi kawasan Behrang, Changkat Jering dan Jelapang bukan lagi Adun. YB Yang Dipertua Dewan Undangan

Negeri Perak dan Kerajaan Negeri Perak juga telah memfailkan satu permohonan untuk satu perisytiharan bahawa ketiga-tiga Adun berkenaan bukannya Adun untuk kawasan-kawasan tersebut, di Mahkamah Tinggi pada pagi ini. Sewajarnya kita menunggu keputusan mahkamah dalam kes tersebut.

Ampuan Tuanku,


Atas alasan di atas dan berdasarkan prinsip demnokrasi dan Raja Berperlembagaaan, Patik dengan ini merafa' sembah memohon agar Dewan Undangan Negeri dibubarkan bagi membolehkan rakyat memilih semula kerajaan yang dikehendaki mereka.

Ampuan Tuanku,


Patik dengan ini merafa' sembah bahawa pimpinan Pakatan Rakyat sebulat suara meminta patik untuk tidak meletak jawatan sehingga krisis perlembagaan ini diputuskan oleh Mahkamah atau Dewan Undangan Negeri Perak.

Ampuan Tuanku,

Patik akhiri warkah yang tidak sepertinya ini dengan sekalung penghargaan ke atas keprihatinan dan pertimbangan Duli Yang Maha Mulia Tuanku, mudah-mudahan Allah Subhanahu Wata'ala melanjutkan usia Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan seluruh kerabab Tuanku dan semoga sentiasa berada di dalam kesejahteraan dan kebahagian yang berkekalan.

Amin Ya Rabbal 'Alamin

Ampun Tuanku,


Patik dengan segala hormat takzimnya; bagi pihak Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat

YAB Dato' Seri Ir Haji Mohammad Nizar bin Jamaluddin
Menteri Besar Perak Darul Ridzuan 

asal: malaysiakini

Nizar perjelas sebab tidak letak jawatan MB


Feb 5, 09 6:38pm

Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin telah mengutus surat kepada Sultan Azlan Shah menjelaskan sebab-sebab mengapa beliau tidak akan meletakkan jawatan sebagai menteri besar Perak.

perak cm mb mohamad nizar jamaluddinSurat tersebut adalah reaksi kepada titah baginda yang tidak memperkenankan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak serta Mohammad Nizar Jamaluddin dan barisan exconya meletak jawatan berkuatkuasa serta merta.

Manakala Setiausaha kerajaan negeri Perak, Datuk Dr Abdul Rahman Hashim telah mengarahkan Mohamad Nizar dan semua anggota exconya mengosongkan pejabat mereka dengan segera.

Berikut adalah kandungan penuh surat Mohammad Nizar kepada baginda Sultan:

5 Februari 2009

Mengadap Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Shah Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah Paduka Sultan Negeri Perak Darul Ridzuan Yang bersemayam di atas takhta Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan dengan beberapa amat kebesaran dan kemuliaannya.

Assalamualaikum

Ampuan Tuanku,

Dengan hormat dan takzimnya patik merafa'kan sembah dan berdoa kehadrat Allah Suhanahu Wata'ala, mudah-mudahan Duli Yang Maha mulia Tuanku sentiasa berada dalam keadaan selamat dan kesejahteraan.

Ampuan Tuanku,


MERAFA' SEMBAH MEMAKLUMKAN PERKEMBANGAN TERKINI DEWAN UNDANGAN NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN

Warkah yang tidak sepertinya ini sebagai pengganti diri patik untuk menyembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku mengenai isu kedudukan terkini Dewan Undangan Negeri Perak Darul Ridzuan.

Patik merafa' sembah menjunjung kasih di atas perkenan Duli Yang Mah Mulia Tuanku pada pagi ini. Patik memohon izin untuk menyembahkan beberapa perkara:

1. Artikel XVl (6) Undang-undang Perlembagaan Negeri Perak menyatakan bahawa "If the Menteri Besar ceases to command the confidence of the majority of the Legislative Assembly, then, unless at his request His Royal Highness dissolves the Legislative Assembly, he shall tender the resignation of the Executive Council". Ini bermakna sokongan Menteri Besar itu perlu diputuskan oleh Persidangan Dewan Undangan Negeri.

2. Jumlah Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional adalah sama iaitu 28 orang. Adalah kurang tepat andaian Barisan Nasional mempunyai majoriti. YB Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Perak telah memutuskan bahaw Adun bagi kawasan Behrang, Changkat Jering dan Jelapang bukan lagi Adun. YB Yang Dipertua Dewan Undangan

Negeri Perak dan Kerajaan Negeri Perak juga telah memfailkan satu permohonan untuk satu perisytiharan bahawa ketiga-tiga Adun berkenaan bukannya Adun untuk kawasan-kawasan tersebut, di Mahkamah Tinggi pada pagi ini. Sewajarnya kita menunggu keputusan mahkamah dalam kes tersebut.

Ampuan Tuanku,


Atas alasan di atas dan berdasarkan prinsip demnokrasi dan Raja Berperlembagaaan, Patik dengan ini merafa' sembah memohon agar Dewan Undangan Negeri dibubarkan bagi membolehkan rakyat memilih semula kerajaan yang dikehendaki mereka.

Ampuan Tuanku,


Patik dengan ini merafa' sembah bahawa pimpinan Pakatan Rakyat sebulat suara meminta patik untuk tidak meletak jawatan sehingga krisis perlembagaan ini diputuskan oleh Mahkamah atau Dewan Undangan Negeri Perak.

Ampuan Tuanku,

Patik akhiri warkah yang tidak sepertinya ini dengan sekalung penghargaan ke atas keprihatinan dan pertimbangan Duli Yang Maha Mulia Tuanku, mudah-mudahan Allah Subhanahu Wata'ala melanjutkan usia Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan seluruh kerabab Tuanku dan semoga sentiasa berada di dalam kesejahteraan dan kebahagian yang berkekalan.

Amin Ya Rabbal 'Alamin

Ampun Tuanku,


Patik dengan segala hormat takzimnya; bagi pihak Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat

YAB Dato' Seri Ir Haji Mohammad Nizar bin Jamaluddin
Menteri Besar Perak Darul Ridzuan 

Asal: http://www.malaysiakini.com/news/97687

Matinya Demokrasi Di Perak

By Anwar Ibrahim

oleh Shamsul Iskandar Mohd Akin

Demokrasi telah mati di Perak, itu anggapan saya sebaik saja Dr. Zambry Abd Kadir berjaya mengangkat sumpah sebagai MB Perak yang baru, kononnya. Hakikat sebenar Zambry hanya menjadi MB untuk BN, bukan MB untuk rakyat Perak.

Saya percaya di kepala ramai pimpinan Umno khususnya Najib Tun Razak, itu kejayaan maha-besar yang boleh meningkatkan imej Najib di mata perwakilan Umno sempena Perhimpunan Agung Umno Mac depan.

Saya berminat untuk menyanggah kenyataan Najib sebagaimana yang dilaporkan oleh Bernama hari ini. Najib mengatakan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang baru dibentuk di Perak diharapkan akan terus kekal walaupun dengan majoriti mudah.

Najib mengatakan:

“apa yang telah berlaku dibuat mengikut lunas-lunas perlembagaan dan “tiada apa yang tidak mengikut perlembagaan”.

Suka saya bertanya kepada manusia ini, JELASKAN DAN PERINCIKAN LUNAS PERLEMBAGAAN MANA YANG DIGUNAPAKAI OLEH UMNO-BN UNTUK MEWUJUDKAN KERAJAAN HARAM BN DI PERAK?

Undang-undang Tubuh Negeri Perak jelas memperincikan melalui Perkara 16(6) bahawa jawatan Menteri Besar tidak boleh dilucutkan oleh Sultan melainkan melalui pembubaran DUN.

Memandangkan Najib dan pimpinan Umno Perak bermazhabkan ideologi ‘demokrasi pondan’, maka mereka sanggup menggunakan jalan belakang untuk menobatkan dengan angkuh bahawa BN kembali berkuasa di Perak. Kerana mereka tahu, sekiranya pilihanraya mengejut di adakan melalui pembubaran DUN Perak, Pakatan akan mampu mengekalkan tampuk pemerintahan dengan majoriti yang lebih besar dan selesa!

Najib berkata lagi:

Najib berkata kerajaan pimpinan BN perlu bersih, bukan sahaja sebagai sebuah kerajaan yang mesra rakyat tetapi mesti mempunyai integriti.

Bersih? Apakah saya tersalah dengar? Terbunuhnya Altantuya, hilangnya Balasubramaniam, terdedahnya pengakuan Sirul Azhar di mahkamah baru-baru ini, apakah ini membuktikan sebenar-benarnya beliau suci dan bersih dari sebarang bentuk anasir jahat dan kotor?

Najib terus berhujah dengan songsang:

Ditanya mengenai pengambilalihan kerajaan Perak itu, Najib berkata perkara itu dilakukan secara betul dan bukannya tidak betul.“Tolong tanya kepada Pakatan Rakyat, kenapa mereka mulakan perkara ini. Mereka uar-uarkan nak tubuh kerajaan 16 Sept.“Maknanya prinsip ini, prinsip yang telah disebut PR, prinsip ini mereka terima dan telah cuba amalkan. Mereka nak tumbangkan kerajaan pusat dengan curi 31 Anggota Parlimen BN. Siapa yang mulakan prinsip ini. Bukan BN.Tolong tanya mereka,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan.

Najib tanya, saya jawab. Benar, Pakatan melancarkan projek 916. Tetapi apakah yang membezakan Pakatan dan BN?

Pertama, Pakatan tidak mengumpan mana-mana Ahli Parlimen dengan wang bernilai jutaan ringgit sebagaimana yang dilakukan oleh Umno-BN.
Kedua, Pakatan tidak mengugut dan mengancam mana-mana Ahli Parlimen BN dengan ugutan ISA, gangguan keluarga dan juga ancaman keselamatan.
Ketiga, Pakatan mahu menawan pemerintahan Malaysia untuk menghentikan kezaliman Umno ke atas rakyat, tetapi Umno menggunakan kaedah jahat untuk merampas negeri-negeri Pakatan Rakyat untuk meneruskan kezaliman!

Najib menambah:

Ditanya mengenai tindakan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang enggan meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak walaupun diminta berbuat demikian selah-olah derhaka kepada Sultan Perak, Najib berkata apa jua keputusan Sultan itu hendaklah dihormati.Katanya, apa yang diputuskan oleh Sultan Perak, sebagai bekas Ketua Hakim Negara, pasti baginda amat memahami peranan sebagai Raja Berperlembagaan.“Tidak ada sesiapapun patut cabar keputusan Tuanku kerana itu sebagai menghina institusi Raja Berperlembagaan,” katanya.

Tidak timbul soal Pakatan mahu mencabar Tuanku Sultan Perak. apa yang dilakukan Pakatan ialah memaknakan apa yang telah digaris oleh Perlembagaan Persekutuan mahupun Undang-undang Tubuh Negeri Perak.

Malah permainan media tajaan Umno-BN yang sangat busuk memainkan isu derhaka juga sangat menjelekkan. Saya kira gambar di bawah akan mengingatkan pengamal media yang pro-Umno untuk bermuhasabah.

natang
Pimpinan Pakatan Rakyat akur dengan titah Tuanku Sultan Perak, tetapi kami juga yakin dan percaya bahawa ada anasir-anasir jijik yang bertindak untuk melakukan divert ke atas penyelesaian sebenar demi kemaslahatan rakyat negeri Perak keseluruhannya.

Tuntasnya, saya percaya bahawa rakyat akan menjadi semakin cerdik dan terus celik dengan melihat apa yang telah berlaku di Perak. Saya tahu, ini ‘Sebuah Lagi Projek Kerajaan Barisan Nasional’. Ya, benar. Inilah projek yang menjanjikan nisan buat Umno-BN menjelang Pilihanraya Umum Ke-13 kelak!

asal:anwaribrahimblog

Idopnya bila pakatan memerintah. Stuju?-editor

Saya 'kambing hitam' saksi sumpah Saiful

Jimadie Shah Othman | Feb 5, 09 3:34pm

kemaskini 7:03pm Ramlang Porigi - yang dipecat daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) atas alasan berkempen untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim - mendakwa menjadi mangsa percaturan politik.

Bekas imam Masjid Wilayah Persekutuan juga mendakwa Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) Datuk Che Mat Che Ali yang mengarahkannya hadir di majlis sumpah laknat Mohd Saiful Bukhari Azlan, pemuda yang menuduh diliwat Anwar.

"Majlis sumpah itu telah dirancang oleh orang-orang parti politik dan pengarah Jawi dengan menjadikan saya sebagai kambing hitam untuk tujuan politik mereka," katanya dalam pendedahannya kepada Malaysiakini hari ini.

ramlang porigiRamlang mendakwa Che Mat yang berada di masjid itu pada 15 Ogos lalu untuk menghadiri majlis sumpah itu bagaimanapun "bersembunyi di belakang mimbar" di dewan sembahyang masjid tersebut.

Beliau juga berkata, pada mulanya mengetahui arahan Che Mat itu melalui seorang pegawai masjid itu, Hafizan Ibrahim.

Apabila pengarah Jawi itu tiba di masjid berkenaan kira-kira jam 6.15 petang, beliau menerima arahan itu langsung daripada Che Mat di dewan solat, tambah Ramlang.

"Saya dan pengarah Jawi masuk ke dewan solat. Di sini, pengarah Jawi mengarahkan saya mendengar Mohd Saiful bersumpah," katanya.

che mat che aliChe Mat bagaimanapun menafikan beliau memainkan peranan mengarah Ramlang berbuat demikian.

Bercakap kepada Malaysiakini, beliau turut menafikan merancang majlis itu bersama "orang-orang politik" dan menjadikan bekas imam itu sebagai kambing hitam bagi tujuan politik.


Berikut rentetan peristiwa petang itu menurut versi Ramlang:

5 petang – Hafizan Ibrahim, pegawai S41 mengarahkan saya menjadi saksi sumpah yang akan dilakukan oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan dengan berkata "Ustaz Ramlang, anta (kamu) salah seorang daripada empat orang imam yang kena jadi saksi sumpah."

Saya bertanya: "Siapa  yang suruh?" Hafizan memberitahu, arahan pengarah Jawi, Datuk Che Mat Che Ali.

5.30 petang – saya ke dewan nikah untuk menikahkan satu pasangan pengantin. Dalam perjalanan ke dewan itu, saya melalui dewan solat.

Dan di situ saya disapa oleh seorang wakil daripada pihak Mohd Saiful. Orang itu bertanya: "Adakah ustaz salah seorang dari empat orang yang kena jadi saksi sumpah tersebut?"

Saya menjawab: "Ya, tetapi sekarang saya perlu menikahkan satu pasangan pengantin."

6.05 petang – Saya selesai menikahkan pasangan pengantin dan masuk ke pejabat masjid.

6.10 petang – Mohd Saiful tiba diiringi keluarganya, pihak polis Sentul (Cawangan Khas) dan peguamnya.

6.15 petang - Pengarah Jawi tiba bersama-sama pegawai bahagian penguatkuasaan Jawi.

- Setelah berbincang dengan pihak Mohd Saiful, mereka bersetuju supaya majlis sumpah itu dijalankan di dewan solat.

- Saya dan pengarah Jawi masuk ke dewan solat. Di sini, pengarah Jawi mengarahkan saya mendengar Mohd Saiful bersumpah.

- Seorang imam (nama tidak dedahkan - editor) menghantar SMS kepada ketua pengarah Jakim (Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz) mengatakan pengarah Jawi yang mengatur sumpah itu.

6.20 petang – Wartawan-wartawan dan petugas media daripada TV3 telah bersiap sedia.

- Orang dari pihak Mohd Saiful menjemput saya duduk dan bertanya: "Mana pengarah Jawi?"

Saya menoleh ke belakang dan mencari pengarah Jawi tetapi beliau sudah menghilangkan diri dengan bersembunyi di belakang mimbar.

6.25 petang – Mohd Saiful melafazkan sumpah (laknat mendakwa diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim).

6.40 petang – Setelah Mohd Saiful selesai melafazkan sumpah, saya dihubungi seorang pegawai khas ketua pengarah Jakim.

Pegawai khas itu bertanya: "Sumpah itu dah selesai ke? Siapa yang hadir?"

Saya menjawab: "Sumpah itu telah selesai. Orang-orang yang hadir ialah pengarah Jawi dan enam orang daripada bahagian penguatkuasaan jabatan itu."

8.00 malam – TV3 menyiarkan rakaman sumpah tersebut dengan menyatakan "sumpah itu disaksikan oleh imam Masjid Wilayah Persekutuan, Ramlang Porigi".

Pada 16 Ogos 2008, semua akhbar menyiarkan laporan tentang sumpah tersebut. Bermula hari itu juga, saya dihujani banyak panggilan telefon. Dan bermulalah tuduhan, fitnah dan cemuhan yang saya terima.

Persoalan yang timbul daripada kejadian ini:

bullet buttonSiapakah yang meluluskan majlis sumpah tersebut yang diadakan di dewan solat Masjid Wilayah Persekutuan?
bullet buttonUntuk apakah wartawan-waratawan dan petugas-petugas TV3 hadir pada masa tersebut?
bullet buttonMengapakah pengarah Jawi hadir pada majlis tersebut?
bullet buttonSiapakah yang mengarahkan orang-orang daripada bahagian penguatkuasaan Jawi hadir?
bullet buttonMengapakah ketua pengarah Jakim mendiamkan diri?
bullet buttonBagaimanakah pegawai polis Sentul (Cawangan Khas) tahu dan hadir pada majlis tersebut?

Kesimpulannya, majlis sumpah itu telah dirancang oleh orang-orang parti politik dan pengarah Jawi dengan menjadikan saya sebagai kambing hitam untuk tujuan politik mereka.
link asal: malaysiakini

Sultan Perak titahkan Mohammad Nizar letak jawatan


05/02/2009 2:37pm

Sultan Perak Sultan Azlan Shah telah menitahkan 

Datuk Seri MohaMmad Nizar Jamaluddin supaya meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak berkuatkuasa serta merta dan jika tidak, jawatan itu dianggap dikosongkan.

— BERNAMA  


Apalah nasib pemimpin atas pilihan rakyat dijatuhkan melalui rampasan kuasa yang tidak sah... Buat penat2 je rakyat buat pilihan raya.. -editor

Najib menghadap Sultan Perak

Najib menghadap Sultan Perak

05/02/2009 10:40am

IPOH 5 Feb — Datuk Seri Najib Tun Razak menghadap Sultan Perak Sultan Azlan Shah di Istana Kinta di sini pagi ini dipercayai untuk meminta perkenan baginda agar Barisan Nasional mengambil alih pentadbiran negeri, sehari selepas empat wakil rakyat daripada Pakatan Rakyat meninggalkan parti masing-masing untuk menyokong dan memberikan majoriti kepada BN bagi membentuk kerajaan negeri.

Najib, yang juga Pengerusi BN dan Badan Perhubungan Umno Perak, tiba pada pukul 9.49 pagi diiringi Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang juga Timbalan Pengerusi BN Perak.

Empat wakil rakyat itu terdiri Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi, ADUN Changkat Jering Mohd Osman Jailu, kedua-dua daripada Parti Keadilan Rakyat, ADUN Jelapang Hee Yit Foong daripada DAP dan ADUN Bota Datuk Nasaruddin Hashim, yang menyertai PKR pada 25 Jan lepas dan kembali semula kepada Umno semalam.

Jamaluddin, Mohd Osman dan Hee mengumumkan menjadi wakil rakyat Bebas tetapi menyokong BN. Ketiga-tiga mereka bersama Nasaruddin turut berada di sisi Najib semalam ketika Timbalan Perdana Menteri mengadakan sidang akhbar di Putrajaya untuk membuat pengumuman mengenai sokongan mereka kepada BN.

Berikutan perkembangan terkini, BN dan Pakatan masing-masing mempunyai 28 kerusi tetapi BN boleh menubuhkan kerajaan negeri kerana ketiga-tiga wakil rakyat Bebas itu telah menyatakan sokongan kepada BN termasuk dalam soal pelantikan Menteri Besar. — Bernama


Patutla Najib sibuk2 kt perak skrg ni. Culik org 5 hari dan inilah hasilnya?-editor