Tuesday, February 10, 2009

Najib menghadap Sultan Perak

Najib menghadap Sultan Perak

05/02/2009 10:40am

IPOH 5 Feb — Datuk Seri Najib Tun Razak menghadap Sultan Perak Sultan Azlan Shah di Istana Kinta di sini pagi ini dipercayai untuk meminta perkenan baginda agar Barisan Nasional mengambil alih pentadbiran negeri, sehari selepas empat wakil rakyat daripada Pakatan Rakyat meninggalkan parti masing-masing untuk menyokong dan memberikan majoriti kepada BN bagi membentuk kerajaan negeri.

Najib, yang juga Pengerusi BN dan Badan Perhubungan Umno Perak, tiba pada pukul 9.49 pagi diiringi Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang juga Timbalan Pengerusi BN Perak.

Empat wakil rakyat itu terdiri Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi, ADUN Changkat Jering Mohd Osman Jailu, kedua-dua daripada Parti Keadilan Rakyat, ADUN Jelapang Hee Yit Foong daripada DAP dan ADUN Bota Datuk Nasaruddin Hashim, yang menyertai PKR pada 25 Jan lepas dan kembali semula kepada Umno semalam.

Jamaluddin, Mohd Osman dan Hee mengumumkan menjadi wakil rakyat Bebas tetapi menyokong BN. Ketiga-tiga mereka bersama Nasaruddin turut berada di sisi Najib semalam ketika Timbalan Perdana Menteri mengadakan sidang akhbar di Putrajaya untuk membuat pengumuman mengenai sokongan mereka kepada BN.

Berikutan perkembangan terkini, BN dan Pakatan masing-masing mempunyai 28 kerusi tetapi BN boleh menubuhkan kerajaan negeri kerana ketiga-tiga wakil rakyat Bebas itu telah menyatakan sokongan kepada BN termasuk dalam soal pelantikan Menteri Besar. — Bernama


Patutla Najib sibuk2 kt perak skrg ni. Culik org 5 hari dan inilah hasilnya?-editor

No comments: