PILIHAN RAYA KECIL PARLIMEN P.11 PENDANG
DAN DEWAN UNDANGAN NEGERI
N.15 ANAK BUKIT, KEDAH
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah dimaklumkan secara rasmi pada 26 Jun 2002 oleh Yang Di Pertua Dewan Rakyat dan Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah berhubung dengan kekosongan kerusi Bahagian Pilihan Raya Parlimen P.11 Pendang dan kerusi Dewan Undangan Negeri N.15 Anak Bukit, berikutan dengan kematian Ahli Dewan Rakyat yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri berkenaan Y.B. Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor pada 23 Jun 2002.
2. Berikutan dengan kekosongan kerusi Parlimen dan kerusi Dewan Undangan Negeri seperti yang tersebut itu, Suruhanjaya Pilihan Raya yang bermesyuarat pada hari ini, 29 Jun 2002 telah menetapkan tarikh-tarikh untuk menjalankan pilihan raya kecil sebagaimana yang diperuntukkan oleh undang-undang. SPR yang bermesyuarat pada hari ini telah menetapkan bahawa pilihan raya kecil ini akan dijalankan secara serentak iaitu pada tarikh-tarikh seperti berikut:
Tarikh Penamaan Calon :10 Julai 2002 (Rabu)
Tarikh Pengundian :18 Julai 2002 (Khamis)
(Jika ada pertandingan)
link asal: SPR
Tarikh ini terlalu lmbat.. mcm ade kaitan slps dewan UMNO bersidang je..-editor
No comments:
Post a Comment